masa aku umur 5 tahun. ma dan ayah kerja. nenek on ubat yg tinggi bahan kimia. jadi aku terpaksa dicampak ke tadika kampung kota. saat itu g tadika belajar baca doa makan. doa tidur. doa masuk tandas. dan macam-macam lagi. balik dari tadika aku main-main dgn fatah. dgn muiz. yelah jiran tetangga. dengan cousin aku. eyo dan kekda kekni. main situ sini. pasir. tanah. belalang. arghh gigit pun biasa je. petang ngaji quran dgn tok mek. beliau ialah tok guru ajar kami mengaji. lepas ngaji sambung main. malam lepak tgk tv. pukul 10 dah tidur. tak da makna nak fikir soalan kelas matematik kelas sains.
sekarang? budak zaman sekarang? lepas sekolah g kelas tambahan. malam g kelas al quran. langsung tak ada masa main luar rumah. kesian. hidup mereka macam dah dijadualkan. waktu makan. waktu tidur. aku tgk pun rasa mcm robot. aku rimas. aku lemas.
sebab aku dulu bebas. lepas sekolah nak tidur ke. nak makan nasi ke. nak buat kerja sekolah ke. nak main basikal ke. bebas.
sekarang dan dulu berbeza. sangat.
Saturday, May 19, 2012
Friday, April 13, 2012
diam
diam, bukan erti bendera perang dinaikkan.
bukan juga dendam mahu dilangsaikan.
tapi.
sampai masa hati ini perlu untuk dijaga.
kerna pernah luka.
sakit.
Thursday, April 12, 2012
perihal mati.
pagi tadi, aku, mama dan ayah. breakfast kat rumah nenek. makan nasi dagang. sedap hingga menjilat kaki. lepas kenyang. minum teh o panas yang terbaik nenek buat, makan kuih che mek molek. sedap. kami pun mengatur langkah untuk pulang ke rumah. saat aku mahu ke kereta. teserempak dgn kawan nenek. dulu kecik-kecik selalu g rumah dia main-main dengan cucu dia. aku rasa dah hampir 5-6 tahun tak jumpa dia. sampailah tadi. aku panggil kawan nenek tu tok su. jantina dia perempuan.
air muka penat, lesu dan urat-urat tua teserlah dimuka. tangan berurat tua itu aku salam,kucup. saat itu dia meminta maaf dengan aku. aku terpingga tak tahu nak cakap apa. bayangkan orang tua dari kita minta maaf sedangkan salah silap dia apa pun tak ada dgn kita.
saat dia bersalam sama mama juga. sama ayatnya meminta maaf. lalu dia becerita. mimpi datang bermacam-macam. gempa bumi situ sini. bagaikan petanda katanya.
dia bersalam sama nenek. dan berkata. " aku datang nak bayar segala hutang dan nak mintak maaf. "
perihal mati. tanpa kira umur dan waktu. tua muda. gemuk kurus. baik jahat. cantik hodoh. kaya miskin. semua itu tak diambil kira.
apa kita sudah bersedia???
Wednesday, April 11, 2012
lembu dicucuk hidung.
maaf, aku punya hati dan perasaan.
sepertinya tak layak aku diperlaku seperti itu.
aku bukan lembu yang dicucuk hidung.
ditarik bila hujan.
dibiar hanggus dibawah sinar mentari.
memang adanya keburukan masing-masing.
kesabaran manusia punya batas.
malas bersuara.
baik diam seribu bahasa.
adios.
Sunday, April 8, 2012
kehidupan
dipohon pertolongan.
disalah ertikan.
cuba meleraikan.
ditolak-dicela.
kehidupan.
cuba baiki cuba maafkan.
cuba lupakan.
setan bisik.
datang amarah.
bikin panas.
betegur tidak bertumbuk darah.
kehidupan.
dinilai. dihukum.
seperti paling kuasa.
lupa yang ciptakan kita?
lupa tanah itu asal kita?
kehidupan.
sebab itu,
kesilapan ditegur.
kebaikan ditunjuk.
kesalahan dibetulkan.
yang elok, senantiasa ikut.
arghh, adanya aku. hanya manusia lemah. dibisik setan. terikut-ikut. aku tak kata aku hebat. pernah aku tak betegur. menilai menghukum selalu. kenapa? sebab kehidupan ini mengajar kita. mematangkan kita. berkali kita lakukan kesalahan. kenapa? kata mengajar. kerna lupa. perlu kita mengingati. senantiasa kita ingat asal kita.
ingat kita hamba Allah.
ayuh kita terapkan...
amar makruf nahi mungkar.
sama-sama. kerna kita lemah. kerna kita lekaaa. duniaaa yg kita jaga. akhirat?
bangkit kita berpesan-pesan.
jangan jaga diri kita aja, sampai rakan seagama kita hanyut dgn lekaaa.
tegur.ingat-ingatkan.
insyaAllah.
cubauntukbersuara.pendapat.
Saturday, April 7, 2012
kosong
aku , hanya manusia.
yang berkotak hati.
dibulat suara.
punya perasaan.
jiwa rapuh namun senyum.
persetankan setan.
ditusuk hati.
dicucuk jiwa.
jangan biar kosong.
isi kan. jangan jadi kosong.
isi, kasih sayang.
semai kasih.
wujud sayang.
isi, ilmu.
akhirat kita jaga.
dunia kita bimbing.
aku tak mahu kosong.
kosong hanya pada sikalah.
aku tidak.
-manusia suka menilai, sampai sedar apa dinilai itu salah.
-jangan terlalu sibuk menilai. tak ada sedetik untuk menyemai.
kasih sayang.
Subscribe to:
Posts (Atom)