Tuesday, September 13, 2011

5 hari aku hilang.

hello. aku tahu ada yang merindui aku terlampau. haha. 5 hari je baru hilang dah rindu kan. haha. dalam 5 hari aku hilang. banyak benda aku belajar, aku kaji, aku nilai, aku hadapi, aku senyum, aku diam, aku gelak, aku lihat. aku aku aku.

banyak.

terima kasih semua yang terlibat.

:)

Thursday, September 8, 2011

kemah keming.

air nyor!

colek.

aku orang Kelantan. ramai orang akan tanya (orang negeri lain la) mana aku lepak. sebab Kelantan tak ada wayang. tak ada mall besar-besar macam di negeri negeri mewah sana. tapi bagi kami anak jati Kelantan. ada saja idea kami nak melepak. jangan risau pasal lepak lah. tempat pilihan kami ialah. Pantai. kau adaaaaaa? ada je kalau orang rumah dia sebelah pantai. LOL. kami pun ada je KBMALL. best je lepak. walaupun huyun hayan bola bowling je. cukup je lepak.

tapi bukan pasal lepak aku nak cerita sebenarnya. pasal minum air kelapa dan makan colek seafood. OH sedap gila. lepak pukul 2 balik kul 5. angin pantai. perggghhh. sedap. borak-borak pulak dengan kawan-kawan yang 24/7 gelak. itulah lepak yang berkualiti babe! tayah nak mall mahal2 lepak minum starbucks. coffee bean segala. ni barang original dari pokok. rm2.50 seBIJIK. colek pulak ikut kau pilih nak makan apa la kan. tetibe aku borak pasal lepak pulak kan.

dah tamat habis. aku akan melancong negara jiran kejap. ayah aku dpt jemputan. aku tumpang dua kaki.

*senggih*

rajin sekarang aku taip macam assignment MASB!


Wednesday, September 7, 2011

jatuh cinta pada kawan rapat.

pagi-pagi online baca timeline kat twitter. tudia. #kenapa single dgn jatuh cinta pada kawan rapat baik atau tidak. eceh. macam persoalan karangan bm pulak. haha.

pertama sekali aku nak huraikan kenapa boleh jatuh cinta pada kawan rapat. (kes ini kawan rapat berbeza jantina yeah? haha) kalau dah satu Universitas. satu kelas. satu lab. satu meja makan. satu meja study. bila masalah cari kawan rapat itu. bila gembira macam bangunan KLCC dia punya pun cari kawan rapat erat tu. jadi macam terlalu kenal. rasa sayang dah ada. kawan rapat erat ketat tu pulak dah tahu nak kawal keadaan. nak buat satu sama lain senyum. makanya. kejatuhan itu senang. kan? (lucky jason mraz)

TAPI.

ada jugak yang tak akan jatuh cinta. bila dua dua kawan rapat erat tu dah ada yang teristimewa (lagu adibah noor) jadi masing-masing setia. kawan rapat hanya kawan rapat kat. macam untuk kongsi cerita pergaduhan dengan awek dan awok.

dua dua ada kemungkinan.

BAIK @ TIDAK jatuh cinta pada kawan erat ketat ni?

ada kebaikan ada keburukan. kebaikan dia. kenal antara satu sama lain. dah faham sangat dah. amarah. ego. keluarga. kawan-kawan. segalalah.bila merajuk dah tahu pujuk. bagi je choki choki campuran susu dgn cokolat. terus tesenggih-senggih macam kuda. lepas tu kalau cemburu salah faham dah tahu nak terangkan. nak selesaikan. macam tunggu akad nikah saja lah kan?.

keburukan dia. bila mula berperasaan macam saya cinta awak. awak cinta saya. (HAHA!) mula lah. persahabatan yang terbaik selama ini bertukar menjadi monster. kena tunggu ultraman dtg bantu. jadi lah cepat nak terasa rasa. bila teman rapat erat ketat ni terapat sedikit dengan kawan-kawan yang lain. haihh mula la. masam muka. tengok pakai bontot. haa. lagi bila dah gaduh satu group sebelum ni rapat ketat erat jugak bertukar. tukar jadi serigala. ngaummm ngarrrr grrr. growwwhaa. macam-macam lagi. mula la block block kat FB. unfollow kat twitter. HAHA. (tak matang!)

ini semua hanya pendapat aku.
kalau tak boleh terima jangan la marah.
chill dah raya raya ni. :D

Tuesday, September 6, 2011

raya raya. aku pun raya ouh!

my beloved family. saya mana? tukang menyenap gambo. haha.
SELAMAT HARI RAYA!!

rombongan raya dah sampai. meriah!

anak buah sulung. Nur Adriana Hamizah. sangat-sangat nakal. haha.

sebab aku tak ada. aku edit bagi mereka warna hitam. HAHA.

doctor gigi import dari Mesir yang pandai buat kek keju. hehe.

budak budak ramai. tapi muaz je layan aku nak tangkap gambar. nak kiss from kak nomi.
muahhh.

oyeah. senyum nampak doctor. hekhek

makan jangan tak makan. ngeh ngeh.

bbq raya bersama keluarga!


comelkan ayah dan adriana? pinky!

kereta dan cucu kesayangan ayah. hehe

rombongan raya besama cik kiah kiah lagi. haha

Tuesday, August 30, 2011

Sunday, August 28, 2011

45 minit terbang tinggi.


Doa diaminkan.
dikala sedia untuk berangkat pulang ke kampung halaman.
disaat Kapal telah berada diawangan.
fikiran aku mula melayang.
hilang terbang atas awan .

lompat aku dari awan situ. awan sana.
senyum sahaja. makin tinggi makin tinggi.
imiginasi mengawal diri.
yang di hati menerpa diri.
kau, si senyuman manis.
raub wajahnya. yang pasti senyuman itu.
mata kau. mata aku.
seperti digari.

tak mampu aku lepaskan gari itu.
arghhh. hati aku cair.
senyum itu. mata itu.
buat hati aku menari. girang. indah.
sehinggakan pramugara berubah jadi kau.
kau, si senyuman manis.

*mengelamun.

teng teng teng.
isyarat pakai tali pinggang dinyalakan.
keadaan sudah huyung hayang.
cuaca di Kelantan agak mendung. awan tebal.
waktu itu.
hati kembali. kembali resah.
hati berpijak didasar kebenaran.


aduhhhhhhhhhh.
semua itu hanya keindahan terbang tinggi.
semakin tinggi bersama imiginasi.
mata yang digari itu. bukan aku miliki.
si senyuman manis itu hak kau punya buah hati.
kerana fakta. rakan sekelas itu kami.
senyuman itu tak mungkin melebihi.

45 minit terbang tinggi.
terbang bersama imiginasi.
aku masih. mahu.
mahu berlayar dengan semua itu.
mahu hati aku terus menari.
inginkan dunia ini bagai aku miliki.

tapi itu hanya 45 minit di awangan tinggi.



just Dreams. really nice dreams. :)
thanks sang senyuman manis.


Saturday, August 27, 2011

Selamat Hari Raya.


inilah hasil after final haritu. kitaorang ada buat light grafiti skit. komen lah yea? hehe.

ikhlas dari Shutters Uniten dan gabungan ICE Uniten.

Alhamdulillah dpt komen yang memberangsangkan. click sini.

go Shutters go! <3