Wednesday, May 31, 2017

justifikasi

bila mana semua benda kau perlu justifikasikan,
mampu?
berdaya puaskan semua hati?
bagaimana yang laparkan sesuatu dari kau?
cukup untuk kenyangkan?

TIDAK.

suka

satu benda subjektif,
bila disoal, kenapa suka,
tidak ada jawapan betul salah,

tapi itu perihal  suka,

moga sampai kapan,
suka itu ada,

heart.

sudut kecil

apabila semua yang engkau buat tiada lagi rasa senang,
langkah kaki menjauh,
tapi tetap ukuh
tetap ada
walau jauh.
di sudut kecil itu.
hati.

Thursday, October 27, 2016

Friday, November 6, 2015

mimpi

paling bodoh pernah aku mimpi.
paling menyampah pernah aku mimpi.

sebab aku rindu kau.
perasaan tak boleh menipu.

hishh

Monday, June 15, 2015

" at least orang tahu dia ada kau bila dia sedih "



dulu aku memang pantang betul bila orang cari aku time memerlukan je. tapi bila kawan aku cakap macam tu (ayat di atas) aku rasa. awwww. setidaknya mereka ingat juga aku walaupun susah. atau aku ni mungkin boleh tolong memudahkan urusan ke apa.


kisah dia semalam waktu semua orang dah tidur. aku masih lepak dengan data-data pesakit (eceh mcm doctor kau) sambil menekuk kopi pekat. dapat msg. " mim, dah tidur?"

sumpah terkejut sebab selama kenal tak pernah ada private msg ke apa. jadi dia cerita kisah dia dan memerlukan pertolongan aku.

and then sebelum tidur semalam aku senyum. dalam kesusahan orang, aku yang dia ingat dia cari. manis kan? setidaknya dalam sedih mereka ada aku.

dari orang yang kau berharap akan cari kau bila sedih tak pulak cari hahaha.

hidup ini manis kalau hargai benda-benda yang kecil yang remeh. boleh kau senyum senggih sorang-sorang.


Friday, May 15, 2015

random people

pagi semalam aku lepak mamak seorang diri yang tak boleh nak fikir tu kenapa entah aku duduk sorang-sorang kat meja panjang yang untuk 12 orang. hahaha. okay bukan perihal meja yang aku nak sembang.

kisah dia, aku duduk merenung masa depan sambil menekuk ais limau datang seorang makcik india duduk semeja. dia tanya lah "can i seat here". aku pun dengan penuh lemah lembut " yes sure can".

and she asked me, what are you doing here? working at putrajaya? maka bermulalah konversasi kami.  dan secara tak langsung dia bagitahu yang dia baru balik dari Hawai. lagi lah tak senang duduk aku dan tanpa segan silu aku soal perihal Hawai. masa tu aku dah tak kisah bahasa inggeris aku tunggang langgang yang penting banyak ilmu yang aku dapat perihal travel ni.

and she advise me " start saving now, go travel. you will learn a lot of things. just go nearby first for example Bangkok, Vietnam, Cambodia, Laos. and when you know the selok belok and then you go US, UK and so on."

serious tak pernah aku expect jumpa random people, becerita minat yang sama. bagi nasihat lagi, tengok gambar-gambar dia kat luar negara. lovely. *smile*

sesungguhnya 14/5/2015 hari yang indah buat aku. Alhamdulillah.