Friday, December 31, 2010

hermm


kalau ada rezeki kita jupa.
jangan terlalu cepat buat konklusi sendiri.
sebab semua berlaku ada sebab.
jaga diri di negeri orang.
belajar betul-betul.

senyum selalu.

imissyou

Thursday, December 30, 2010

Harimau Malaya



*biar lambat pun asal selamat*

TAHNIAH MALAYSIA. cayalah!

kan time tgk bola kat tv. kan ada yang coner segala tu en. kan ada temasuk potograper potograper kannnn. perghhh lens diaaa wa cakap luuu. mengancam duniaaaaa!!! tu je la wa nak cte. haha.

tapi gempak kot tgk bola ngan orang kampung! emoooooo abessss. mmg mengancam murni. siap jiran yang jauh-jauh cakap. "wey, kteorg dengan kot korang jerit semalam time kat bilik.." "wey,aku kat parking motor leh dengar korang sume jerit." wauuuwauuu maluuu naaa. hahahaa.



satu kampung kau. ni bila gabung kampung girls ngan kampung boys.
awww. haha

ni semua bakal-bakal harimau malaya.

Monday, December 27, 2010

percubaan kedua. :D



ku panjat bersama-sama abg tripod utk dapatkan gambar-gambar ini.
:D

by the way check this out okey. bila kami ke rantai

IMISSYOU.
ye aku mmg gedik dan mengadaa yaw.

Saturday, December 25, 2010

rindu.

mama,ayah dan nenek.
i miss you guys so much!
ayah, nak balikkkkkkkkkkkkk!! :'(



raya 2010.

Tuesday, December 21, 2010

qequizan!


terima kasih :)


perasaan nak update belog membuak buak haaa kau. tapi apakan daya. quiz ada dua bhai. so tu je la nak cakap.
muahahaha.

nak ambik ni satu buat makan ngan nasi bujang. :P


EMAS bhai :P
(nantikan episode seterusnya )


Sunday, December 19, 2010

cakap pandang-pandang

saja nak ingatkan.
kerana mulut badan binasa!
nak cakap pandang-pandang.
silap besar orang kelatan kat belakang.
kena pukul.
menangis bagai!


faham?
:D

Tuesday, December 14, 2010

implicit

gagal.
semua orang takut dengan G.A.G.A.L.
tapi, orang yang paling hebat adalah.
orang yang hadapi gagal!
yang jatuh berkali.
tapi tak serik-serik cuba untuk berjaya.

kalau orang akan pandang hina.
biarkan.
diorang tak rasa.
suka hati lah diorang nak kata apa.
diorang tak kat tempat kita.
biarkan.

mungkin suatu saat.
mereka rasa.
kala itu.
suara mereka tiada.
pandangan mereka buta.
itu karma.
jadi biarkan mereka.

kerana keadaan macam ini.
kita lah yang kena naikkan diri kita.
biarlah orang pandang-pandang.
cakap belakang- belakang.
biarkan.

kalau tak tahan sangat cerita kat aku.
mungkin aku tak dapat buat pape.
tapi aku cuba buat kau senyum dan terus semangat.
sebab aku kenal kau.
aku sayang kau.

setiap kali malas.
setiap kali tak nak g kelas.
ingat umi. ingat abah.
semangat berkobar terus.
percayalah.

senyum lah kawan.
ini semua dugaan.
biarlah dia pahit.
kerana manis dalam gengaman terselit.

hadapi lah ini.
jangan pernah lupa.
tolong jangan lupa.
Allah sentiasa ada.
jatuh mana pun kita.
Allah ada.
ada disaat manusia tak ada.
ingatlah sahabat sejatiku sayang.
:D
khas untuk mu.
sorry kalau ada terasa.
harap kita hadapi saat sukar kita.
dengan senyuman.
p/s: tajuk takde kaitan

Thursday, December 9, 2010

the climb

ain't about how fast i get there
ain't about what's waiting on the other side.
its the climb.
*sila nyanyi penuh feel*



woowww. aku dah sampai puncak broga.
cehh. hebat tak? *yang tahu cerita sebenar diam*
HAHAHA

dimana gambar kegemilangan puncak broga. terselit cerita cerita indah manis gula. akhirnya. si tembam hamimo berjaya sampai puncak. walau puncak pertama saja. bak kata Syafiqjay semua ini pengalaman.
ehem ehem. pengalaman yang aku tak akan lupakan. dan akan tegelak bila ingat balik kenangan mendaki broga besama 7 saudara dan seorang saudari yang sangat sweet. :)


disaat aku tersemput-semput nak memanjat bukit broga ni. mereka tak tinggal kan aku seorang pun. tunggu je aku. selama mana aku rehat. duduk. mereka tetap tunggu. bagi semangat. "mim sikit je lagi mim. mana semangat nak naik broga mim" semangat dari Efi Fathy. terus semangat. walaupun slow lambat macam siput. diorang tetap tak tinggal aku. sweet kan? heeee.pastu rabiha pun sweet jugak bagi air aku minum sebab macam tak larat nak naik atas en. sweeet! pastu siap ada orang cakap. best nye dia ada pengiring. jeles la tu kan? memang patut jeles la. sebab aku ada kawan kawan yang sweet gila wey!

dah berapa kali aku suruh diorang naik atas aku naik slow-slow nanti. diorang tetap tanak. sweet lagi kan? haaa. diorang cakap. sama-sama datang. sama sama la naik. lagi sweet. serius teharu. rasa nak nanges golek2 terus kot time tu jugak. pastu sampai la dekat buai yang sheikh muszaphar ngan isteri dia tu. aku rehat lama gila. lepak2 dengan danial. danial teman aku. sweet kan? *repetition sweet mmg banyak utk post kali ini* pastu aku macam pitam-pitam. pastu g la duduk kat batu ngan nenek-nenek atuk-atuk yang sama2 tak larat nak naik puncak. eceh. rehat-rehat. tetiba semangat nak naik puncak datang.

apa lagi. aku ambik keputusan nak mendaki. nak jupa dengan mereka-mereka kat atas. ouh lupa. alan pun sweet dia bawakan beg camera aku. baik kan? :D pastu jupa la diorang kat puncak pertama. aku tak da la nak g puncak puncak yang lain. semput bhai! haha. jom usha gambar jom.

photographer untuk gambar-gambar di bawah ini yelah campur-campur.

enjoy. :)

ramai kan manusia manusia naik beroga. gogagoga!


broga memang terkenal dengan lalang kan? haaa tudiaaa.

ni lah Efi kudin. haha.

ni Syafiqjay. senyum je dapat ikan besar tu!


jjejaka jejaka yang mendaki bukit broga yeaah!!!
yang sweet sweet!!
:P

ni alan. style laa alan ni. woowoot!!


ni ashwan. ash ash, tgk canon dpt menghasilkan gmbr ni.
nikon ade???
haha. saje cari gaduh!! haha

cakkkk. broga i love you!!! aah hamim comelkan?? HAHA


maaflah biha,boboy,hariz dan danial.
gmbr anda xda dlm camera sy.
sorry.
saya nak g broga lagi!!!




Wednesday, December 8, 2010

seminit

bukan bangga dek orang puji.
tapi rasa diri dihargai.
walaupun tak seberapa.
tapi bagiku sangat berharga.



moment indah sebegini. hanya seminit.
terlepas. tak akan lagi dapat.

Tuesday, December 7, 2010

AKAR


salah satu persembahan dari Tri. sangat menjiwai semasa menyanyi. bebeza dengan artis lain. :)


berkumpul satu tempat.
dengat alunan lagu,puisi yang dahsyat.
mereka semua terhebat.
kita semua punya satu minat.

selebihnya baca belog ini ye. Fatin Nabilah


Saturday, December 4, 2010

:')

saya suka ayat dia.
sangat best.

"kau jangan ingat, kau di atas, selamalamanya kau kat atas.
mesti kau tak pernah rasa berada dekat bawah kan?
tak apa.
satu hari nanti, kalau kau dah ada kat bawah.
jangan nak terhegehhegeh dekat orang yang kau dah sakitkan hatinya tu.
jangan masa tu, baru nak angkat tangan berdoa.
jangan masa tu, baru kau nak berbuih mulut minta maaf.
jangan masa tu, baru kau nak menangisnangis.
God works in mysterious ways"

blog dia private so korang tak boleh baca.

saya bertuah boleh baca.

:')


Friday, December 3, 2010

istana M1-05-0_


kami berempat telah diijab kabul kan. HAHAHA. ayat nak gempak je en. di kala pagi yang sepoi sepoi bahasa korea ni. aku sengsonrang di meja study di istana M1-05-0_. jadi nak kenal kan warga-warga emas yang menetap di istana ini. memperkenal kan. jeng jeng jeng.

Yuhanis Shazlini James

ada gaya gaya ouh my gucci tak yaaaww??

Noraini Baharudin

aku pun tak tahu kau peminat spain upenye eh. HAHAHA.


Lisma Amir

bole jadi model nih!! weeewooot!

dah kenal semua warga warga emas istana aku? yawww. cool kan? jangan pandang kami sebelah mata.
istana kami tengah renovate skit ni. cehceh. istana paling hot pulak kann??
gambar kehotan istana kami belum bole uplod lagi. subab nye. tengah renovate yaww.
so agak besepah sepah la skit kan. sabau sabau.
istana paling syok yaww!!

pastu nak jemput la sesapa dok kampung murni ni. tak kira la murni satu murni dua murni tiga sekali pun.
nak jemput join kelab baling selipar yaww.

ada berani nak join?
sini datang yaww.

peringatan
kalau sesapa nampak aku lalai.
lalai dengan benda tak berfaedah.
tegur aku.
nasihat aku.
kerana aku masih memerlukan teguran.
untuk bangun keatas.
terima kasih kawan.
terima kasih teman.
semoga Allah memberkati kita.
:D


Tuesday, November 30, 2010

never say never


ni member aku. nama dia Tam, dia hebat. pandai. tengok lah. dia dpt panjat dan main tali tu.
aku? hermm. da la malas. tak berapa pandai. sedih la. kan?

ni aku. nama aku Elsey. tengok lah keadaan aku. malas. tidur. aku tak pun panjat.
tak buat kerja aku. aku kadang-kadang sedih dengan keadaan aku.
kan? hmmmmm.

ni kawan aku jugak. nama dia Sally. dia selalu bagi semangat suruh aku bangun.
dia pun pandai hebat. tapi tak angkuh. dia tak berlagak. dia tak menjatuhkan orang.
dia selalu ada. bukan macam kawan-kawan yang sesetengah tu.
tahulah hebat. jangan menjatuhkan orang.
jangan buat orang down kann.

pastu aku terus bangkit la. tanpa tengok belakang. ingin mula kan hidup baru. berjaya naik ke atas seperti yang lain. bangkit bangkit!!

dengan usaha. semangat dan bantuan kawan-kawan aku bangun. aku berusaha.
tengoklah. da dua anak tangga aku naik.
aku taknak putus asa. nak usaha lagi.
takkan mengalah.

dengan usaha dan tawakal. aku berjaya juga sampai keatas. walaupun lambat dari kawan-kawan aku. at least aku berjaya. boleh lah aku senyum kan.boleh bawa balik pisang banyak-banyak kat keluarga aku.
boleh la buat kenduri. gagal sekali bukan gagal selamanya.
terima kasih semua yang tolong aku. :D

semua ini cerita rekaan.
untuk diri sendiri terutamanya.
jangan mengalah.
jangan putus asa.
kejayaan pasti dalam gengaman kalau usaha berterusan.
gagal sekali. jatuh teruk.
bukan erti untuk mati!

:))

never say never!!

ELSEY PUN BERJAYA! TAHNIAH!

Saturday, November 27, 2010

what we call bestfriend!



this belog belongs to this cutey pie pie. :)


LOVE !


yaya, thanks yawww. always share everything with me. the secret. the sero sero hati. *pehe kae?*
always be with me no matter what..
you are the best among the best!


mya, thanks always be with me. whenever im depress,sad,sick,happy,crazy,failed, and so on!
you're the best among the best!!!!
the gossip. i love it! anda semua kawan kesayangan saya! :)


this girls never failed to make me laugh.
:)

aku paling comel yaww. HAHA.
sayang sep mu weh!


i LOVE you yawww.


ira, anda juga bestfriend saya!
lamokan kesot hati.
nanti ado gambar aku buat suweet suweet jugop eh?
weeeee

mya dan yaya.
sayang sep mu sungguh eh.
ye aku suweet bobo la puji. letih doh dengar!
hahahahahaha.
:))

sampai mati k.a.w.a.n.b.a.i.k.!

Friday, November 19, 2010

titik

aku pun tak tahu nak tulis nak cerita nak bebel nak merepek apa. tak tahu. makin aku fikir. aku naik stress. bila stress mula la naik penyakit. kat mulut kat gigi. kat gusi kat perut. mulaaa laa. immune badan dah tak stabil.

HIDUP SEKEJAP SAHAJA.


kesempatan ini. aku nak mintak maaf lah dengan segala salah dan silap aku.
ye aku bukan anak yang baik. bukan adik beradik yang baik. bukan kawan yang baik .
jadi aku nak mintak sangat maafkan segala nya. halal makan minum aku.
doakan kejayaan didunia dan akhirat.

apa yang paling hampir dengan kita??
KEMATIAN!
renungan besama-sama.

setiap ujian yang Allah bagi. kita mampu hadapi.
kuatlah. ingatlah kepadaNYA!

Monday, November 15, 2010

Al-Fatihah



pagi dalam pukul 5.30 aku dikejutkan oleh mama dengan berita sedih. aku terkejut. jantung aku kencang berdegup. aku terduduk. keadaan berubah suram. sebak.

seumur 22 tahun. Dia telah kembali berjumpa pencipta kita Allah. Allah lebih sayangkan dia. Allah tamatkan seksa dia di bumi ini. mungkin itu yang terbaik. terngiang-ngiang suara arwah begelak ketawa dengan aku. yang paling tak boleh lupa saat aku jatuh di bukit larut. dia yang hulurkan tangan angkat aku. aku jogging di bukit larut besama arwah dan ati (makcik). arwah tunggu aku. sebab aku gemuk lembab sikit naik bukit.

saat terakhir kami makan bersama ialah semasa kakak ambik dia di UPM dan makan tempat yang dia selalu makan. dalam kereta dia becerita. susahnya final year project dia. tetapi ALHAMDULLILAH. arwah telah menghadiahkan keluarganya segulung ijazah. perginya arwah takkan kembali. perginya dengan tenang.

semoga syurgalah tempat dia.

(*da tak bole tulis sebak*)

kata akhir buat arwah,

anna,
nomi sayang anna.
maafkan salah silap nomi dengan anna.
anna kuat.
mungkin ini yang terbaik buat anna.
salam sayang dari kami semua anna.
semoga tenang disana.

gambar terakhir sebelum dia pergi.
gonna miss you a lot sis. :'(



Saturday, November 13, 2010

first time

yawww yawww. (terkena penangan hoppest HAHAHA)

semalam saya menjoinkan diri dalam outing-outing Pre-Wedding dekat Perdana Resort. sangat awesome okey. first time kot!! ouh ni anjuran akok ija dan geng geng mereka. terima kasih atas tunjuk ajar yang diberikan. :) saya takut mula2. tapi dengan friendly nye semua orang buat saya comfortable dan semangat nak belajar. photographer chinese pun join. itu yang best tu. dan kami juga belajar apa yang kita kena tahu untuk wedding. dan saya sangat kagum dengan brother-brother otai. nampak je diam. angle diorang. woww! menanges golek golek haaaa kau!! gambar sume cun melecun. dan diorang langsung tak kisah pasal camera apa kau guna? NIKON? CANON? kesahhhhh. jari jemari tu penting. yawww.

perkara-perkara yang kita kena ambil kesah.

1) pengcahayaan.
2) framing.
3) pose model (kalau orang bayar kita. kita lah kne arah secara elok2 diorang nak pose cane utk gmbr menarik)
4) angle. bawah ke. tepi ke. depan ke tengah ke. kena tahu okey. cari yg paling kreatif.
5) eye contact. so kena la tahu nama pengantin atau model. kena la gurau bia dia tergelak ke. nampak gambar tu nature. nice candid ke. ye. fikir2 kan la. hehe.
6)bawa air utk model dan pengantin.
7) pastikan kita cukup tenaga. sebab photographer ni agak penat okey?
8) bawa la peralatan. macam payung. macam tisu. yang basic diperlukan okey. jangan bawa nasi kak wokJJ lak. haha
9) battery biar sedap la eh. maksud sedap ialah biar cukup la utk shoot. jgn tengah hangat tu tetibe battery dahaga! haha
10) tepati masa okey. baru lah model atau pengantin tak tertunggu tunggu. gelabah gelabah yaww.

itu je dulu tips dari ninja hamimo okey? hehehee. baru lagi ni. byk lg kena belajar. :)

gambar bole tengok kat sini okey.

ninja hamimo

Friday, November 12, 2010

impian kami!


perbualan dengan ibu kami

aku : mama,dik nok g korea meta ngan yaya n eyra?
yaya: mama,yaya nok g korea meta ngan hamim n eyra?
eyra : mummy, ya nok g korea meta ngan yaya n hamim?

ibu kami : balik bilo?

kami : balik lalu. meta jah. g ambik gambar. puah doh klate!!

(yg tak paham bahasa kelantan tanya ye)

kami kan cop duit. mak ayah gaji sebulan juta juta. so nak g tangkap gmbr tayah la dekat2 kannnn? jauh2 la best!!! HAHAHAHAHAHAA. cool kan? g korea weh!! hahahaa.

realiti??




breakfast di kak wok JJ. sangat sodapp wey!! (lupa tangkap gambar air bandung hijauu aihh bukan politik ye mmg sirap dia hijau. )


ni lah kekasih pujaan hati. tapi Mya takde. dia busy kat batu cave ada job. AHAHA.
ni lepak kat masjid kayu jati. cantik wey. tp cam takut nak ambik gmbr byk. HAHA

diorang gay!! HAHAHAHA. gay = happy.
ishh susah la otak hijau. pikir macam2. hahaa.

pukul 1.30 mmg org lepak kat pantai shoot. sbab matahari mencangcang diatas kepala!
sejuk!!!!!!!!! HAHAHA.
kami hebat macho.
sume tgk jeee kami memanjat batu utk ke pantai.
orang lain dok bawah payung lepak2 makan minum. pape pun
sayang korang laju laju

lunch kat airport! kata nak g korea!
haha. lepas penat bepantai pantai kami lepak di airport.
one of my fren ckp kami pelik.
AHAHA. YES WE ARE!

lepas gelak mcm airport tu kami punye. makan-makan. minum MILO ye yaya. AHAHA. pastu kami pun berangkat lah ke rumah masing masing. tapi yaya hantar guna private heli diaaa. style en? well. HAHAHA

tadi g outing.
sangat superb okey!!!
i LOVE CANON!!











Tuesday, November 9, 2010

awan biru

bila bosan bosan melanda diri. aku mencari. mengobek. menyelongkar akan folder files segala. tetibe. aku terjupa lah awan ini. awan ini ditangkap sewaktu perjalanan dari kuala lumpur ke kota bharu.

indahnya ciptaan Allah.
unik. kreatif.
terpegun aku melihat.
Kebesaran Allah sangat hebat.
manusia,
jangan pernah bangga kau hebat.
kerana Dia lagi hebat.
beristghifarlah kita.
sentiasa ingat akan Dia.

setiap kali tengok awan teringat lah dekat teenot!
nah untuk you!
senyum senyum selalu okey.
:)

Monday, November 8, 2010

cacapopo

hehe. rasa nak buat karangan la pulok. hakhak. lopek betul. ada ke yang baca belog ini eh? i mean yg tak follow. yang tak kenal ke. ada ke yang baca belog ini bila i update en en? ada ke yang faham apa i merepek sume en. haihh. kalau ada. terima kasih yeee semua. pembaca belog falsampahamim ini. teharu tau nyah. rasa nak nanges golek-golek awww. :')

pastukan. i nak mintak maaf la ye. kalau i punye tulisan buruk. eh eh. bukan. kalau i punye kata kata yang entah apa apa itu ada menguris hati yang kecil anda semua. ada terkasar bahasa. atau ada yang terkena kat kepala ke. maaf ye. saya tulis. catat. reka sume nye berkaitan dengan hidup saya. bukan hidup orang lain. jadi mintak ampun banyak-banyak.

mana tahu nanti belog ini dah takkan diupdate ke. hape ke. kita tak tahu kan masa akan datang apa yang berlaku.
mohon sangat maaf. pastu kan kan.

i nak ngaku la. i rindu kakak i sangat laa. kak sorry kalau dik ada buat kak terasa. sorry sangat. miss you so much! i nak ngaku lagi. i rindu gler amawiya,syahira dan nik nadiah. gila punye rindu! i rindu encik S. pastu nak ngaku lagi. i rindu future housemate i. M1050- i tak sabar nak deco rumah. pastu lagi. i rindu orang kampung. geng2 tangkap gmbr sunset sume. i rindu geng2 shutters. i rindu ex-schoolmate i. i rindu ex-matricmate i. i rindu sume la. :'( (yang mana tertesebut pun i rindu tau)

p/s: arini mood entah lopek sangat en. nak touching. nak rindu. nak sume. bulan nak datang kot. HAHAHA

:)))

terima kasih Allah. i love you Allah dengan semua kurniaan. nikmat hidup. Alhamdulillah. :D


Saturday, November 6, 2010

sehari semalam



panjang post ini mungkin. HAHA.

pukul sebelas pagi. bertolak nye kami: ayah,mama,nenek dan saya ke suatu tempat. jengjengjeng. haha. kami ke PULAU DUYONG. naseb perjalanan kami ni okey la. tak hujan. cuaca menarik je kan. sampai la kat masjid kami berehat sebentar en en. pastu tetibe kereta takley gerak. pehal. ruparupanya wosak. *lenkali service before jalan jauh hokey* agaga. sampai sana dlm pukul 4. lama kan nak g teganu. HAHA.


dah setel sal kete. singgah makan-makan tepi pantai. layan ouhh. nyaman. segar.
angin bagaikan mengerti.
ketenangan yang dicari.
terima kasih Allah dengan rezeki yang melimpah ruah!

sotong celup tepung + ikan celup tepuk + cendol + air nyor = masyukkkkkkk
(yg ni je sempat tangkap yg lain setel)
HAHA

Alhamdulillah.
dah sampai kat Ri-yaz Heritage Marian Resort and spa.
pemandangan dari ballroom.

nak ke bilik tak boleh naik kereta kita. kena naik kereta ni.
comel kann?
best kot kalau bole bawa ke unitenggggggg!!
HAHA

hehe.
dah sampai ke challet kami.
utk pengetahuan semua.
satu malam normal rate dia. RM1K.
errr *tak mampu*
ni ayah dapat sempena Birthday dia.
dpt lah merasa tempat mahal kan.
Alhamdulillah.

ni bilik dia. katil dia sangat empukkkk!! memang tdo lena.
padahal penat tu yang lena.
HAHAHA

ni lak verandah tempat lepak-lepak
tengok keindahan alam en.
sambil layan shisha vanila + makang kopok lekor en.
layannn.
GAGAGA.

ni lak. jambatan utk monsoon cup.
bermula akhir bulan november.
datang lah beramai-ramai.


sebelah petang pulak saya sengsorang melepak kat sungai.
tenangkan fikiran. ingatkan result. *terus tak tenang okey*
HAHA

ni adalah kek birthday saya. HAHA.
taklaa. ni kek birthday Ayah.
orang hotel kasik.
superduper sedap boleh takk wey!!!


setelah dipujuk rayu. barulah ayah,mama dan nenek setuju nak jadi model.
dari kiri: nenek. mama dan ayah.
i love you all much!
gambar banyak takda model kan?
yela. nenek. ayah dan mama saya tak suka bergambar sangat. hehe
bukan macam anak dia. haha.
Alhamdulillah.
rezeki dapat bercuti.
terima kasih Ayah.
time lepak-lepak tu.
artis-artis baru sampai.
ada shooting kot.

imissyou!