Tuesday, November 20, 2012

sedap

untuk setiap kali menaip,
berkata-kata bagaikan sasterawan negara,
nak persembahkan sesuatu persembahan,

semua itu perlukan satu perasaan.

perasaan yang mampu menguasai jiwa.
pasti paling indah.
cukup pasti.

dimana mood untuk menaip, berkata-kata dan persembahkan tiba.

feeling akan sampai. segala bulu naik menegak.

sedap.

Friday, November 16, 2012

k e p u a s a n

puas?
apa puas dgn hidup sekarang?
apa puas nanti mati?

kepuasan detik ini cukup?
kepuasan untuk masa depan?

mampu nak puaskan hati diri sendiri?
berdaya nak puaskan hati orang tersayang?
cukup hebat nak puaskan hati semua orang?

manusia, T A K  pernah P U A S.


Thursday, November 15, 2012

Wednesday, November 14, 2012

s a h a b a t

aku tadah tangan, pinta pada Yang Maha Esa.
kekalkan ikatan persahabatan kami.
Selamanya.

hanya kematian pisahkan kami.

kerna mengalir darah kasih sayang,
disebalik berlainan keturunan, asal usul. 



Tuesday, August 14, 2012

wind turbine.

syukur syukur syukur.

pembentangan tentang proposal project itu berjalan lancar. 

beribu berjuta terima kasih kepada ahli kumpulan yang kebabom punya osem weh.

lecturer kami gemar dengan tajuk kami.

she said well done guys.


kebabom punya group sem ni. 

you guys rawks. ! 

Ramadhan

secara sedar mahupun tidak.
Ramadhan sudah pun mahu pergi meninggalkan kita.

persoalan pada diri sendiri.
apa banyak pahala kau kutip bulan ni?
apa banyak sedekah amal jariah kau buat bulan mulia ini?
apa banyak kau duduk semata membaca ayat suci al quran?
apa? banyak?

tiba satu saat hiba terasa.
jahat hitam terasa diri ini.

semoga layak lagi aku bertemu mu. Ramadhan.

Monday, July 16, 2012

biarkan ia tanpa tajuk.

suatu saat, aku akan diam dari selalu memekak.
kerna aku ada perasaan. kerna aku bukan makhluk asing.
kerna sebising aku. sekecoh aku. aku ada satu perasaan yang dipanggil malu.

itu lumrah manusia normal.

kenapa persoalan yang kau hukum. kau lompat pada penutup itu.
kenapa harus itu diketengahkan?

apa pernah kau lepak dlm kasut aku?
apa pernah kau rasa panas saat kasut itu sudah hilang tapaknya di tengah matahari panas?
apa pernah kau bau busuk dek kerana peluh. sebab futsal selama 2jamsentengah.

kerna kau tak pernah semua itu.
dan aku mmg tahu semua itu untuk aku.

tapi. aku mahu biarkan. biarkan ia.
walaupun aku termakan hati seorang diri.
walaupun ada calar dan mungkin parut kesan luka teruk.
apa kisah?

persetankan.
kerna perasaan adalah ketua wanita.
satu masa emosi kawal segalanya.

pergi mampss.

Tuesday, July 3, 2012

perihal dunia.

saat aku termenung ditingkap.
kelihatan kereta-kereta berpusu-pusu ke suatu tempat. 
jam dinding menunjukkan pukul 6.30 pagi.

hey manusia. 
apa yang dikejar?
kereta dibawa seperti mahukan terbang.
hey manusia.
kemana arah tujuan seawal pagi?

begitulah kehidupan kita.
seperti kereta yang dipandu oleh tuannya.
kenapa aku ngomong gitu?

sebab.
kita punya tujuan hidup.
untuk sampai ke sesuatu destinasi.
penuh dengan traffic jam.
penuh dengan traffic light. 

seterusnya. 
ambil masa fikir. apa benar kata-kata aku ini?


Monday, July 2, 2012

hai pembaca baru.

saya adalah penulis bebas yang kadangnya tak pernah fikir akibat.
penulis yang tak pernah kesah kosa kata.
tak endah perasaan pembaca.

kerna aku penulis bebas.

kerna puas melempar kata-kata disini.
tanpa ada perasaan malu.

dan harini, aku tersenyum disebabkan seseorang.
terima kasih sebab hadir.
tiap selamat pagi serta selamat malam.
senyuman yang aku lemparkan sampai ke telinga.
dan senyuman itu buat hari aku indah.

terima kasih awak.



walaupun senyuman itu aku lemparkan kepada telefon bimbit yang tak mampu membalas senyuman.
tapi itu melengkapkan hari aku.

Sunday, June 10, 2012

Diverse

team yang baru terbina semester lepas untuk perlawanan persahabatan antara UNITEN Bangi Vs UNITEN Muadzam. tapi tak jadi atas masalah-masalah tertentu. jadi kami agak putus semangat saat tak jadi perlawanan itu. tapi beberapa minggu dan ketika itu musim peperiksaan akhir. ternampak poster mengenai tournament iem-yes women Futsal. 

dan. 
1st place : RM750
2nd place : RM500
3rd place : RM 300

disebabkan sibuk dengan peperiksaan kami tidak mengendahkan sangat poster itu. namun beberapa lama lepas itu. ada 2/3 orang ahli kami menanyakan dan mengajak kami untuk menyertai pertandingan itu. namun hanya beberapa org sahaja yang bersetuju. jadi sepertinya tak jadilah kami menyertai.

tapi 3 hari sebelum pertandingan. kami mencari segala orang dan cukup 8 orang. aku selaku sub manager. sebab manager sebenar sibuk. telah berkerjasama dgn semua ahli untuk turun latihan dgn maju jaya. 

dan terima kasih tak terhingga kepada jurulatih-jurulatih seperti pemain-pemain bola sepak UNITEN kerana melatih dan memberi semangat. 

alhamdulillah kami semua berjaya ke final untuk tempat ketiga dan keempat. namun rezeki belum menyebelahi kami tapi Alhamdulillah kami dpt tempat ke-4. syukur. 

sayang Diverse. dan kami ada 2 team. Diverse A dan Diverse B. :)


terima kasih semua untuk kenangan terindah. :D

Monday, June 4, 2012

sem baru.

mahu diulang sejarah hitam? percuma.
mahu julang cgpa empat? usaha
mahu tentang pendapat serta perbincangan? fikir
mahu bermasam muka dan meneruskan hidup? hitam
mahu bermaafan mulakan dengan kegemilangan? indah

setiap apa yang dimahukan untuk sem baru bermula dengan diri kita.

ayuh gegar tahun 3 satusetengah sem. *sebab aku tak habis lengkap lagi untuk tahun tiga sem kedua* HAHA

Friday, June 1, 2012

rindu fotografi.




last sem aku rasa berapa hari je pegang kamera. jadi gambar-gambar di atas adalah gambar masa aku dalam penerbangan pulang ke kampung halaman. 

indahkan untuk gambar kedua?

its so flufffy im gonna die! hehe

Thursday, May 31, 2012

perihal sejati.

pertamanya aku nak khususkan pasal teman atau kawan. atau juga sahabat sejati.

pernah dulu aku berharap ye kita selamanya sahabat. kita sahabat sejati. tapi apa berlaku? seperti dikelar jantung hati aku. kerna aku tertipu. tertipu dengan kata-kata atau ungkapan sahabat sejati.

tapi setelah perkara itu berlaku. kebenaran datang. dan sebenarnya itu hanya salah faham. disebabkan tanpa usul periksa. tanpa soal selidik. aku terus lompat pada kesimpulan. aku menyesal. berjanji lagi tidak mahu pegang pasal sahabat sejati.

tapi aku percaya pada bulatan persahabatan terbina. persahabatan aku sekarang. semua dah terbaik. aku hargai. aku tak mahu lagi cari bulatan lain semahunya. tapi  ini kehidupan macam roda. yang berpusing tanpa kita tahu arah barat arah timur dia berpusing.

mungkin ada terguris tecalar. tapi betulkan. hargai. jangan terlalu mencari yang sejati. nanti kita kehilangan sahabat abadi.

semoga bulatan yang tebina itu. terbina sehingga jannah. amin.

Friday, May 25, 2012

matang

matang. perkara yang bukan diukur dengan angka yang bergelar umur.

kerna matang ini semua berdasarkan pemikiran.
macam mana diselsaikan sesuatu masalah.

masalah yang datang dari pelbagai segi.
detik itu kematangan mampu dinilai.

matang. ahh tak matang.

dihitung.


Wednesday, May 23, 2012

punya sejuta cerita.

perkenalan dimulakan dengan jabat tangan serta senyuman.
dari senyuman. keluar pula cerita pengalaman.
bergelak ketawa.
bertepuk bertampar.

dari a ke cerita b. dari y ke cerita z.
sampai yang kelat. pahit masam. manis leting.
semua dicerita.

tapi semua terungkai sebalik satu senyuman.
senyuman itu terungkai sejuta cerita.
tangisan itu terjawab dengan sejuta cerita.
hati kering itu punya sejuta cerita.

setiap insan punya sejuta cerita.

:D

Tuesday, May 22, 2012

redha.

aku mendoakan yang terbaik. aku mendoakan bulatan sahabat kita bina. sampai ke  Syurga. aku nampak keikhlasan berkawan dalam bulatan itu. aku nampak kekuatan dalam persahabatan. 

pelukan aku bagi untuk melegakan.
disaat teman amat diperlukan.
disaat itu juga aku tak mampu nak keluarkan sebarang kata-kata.
tapi senyuman itu. aku tahu perit tapi itu senyuman kekuatan engkau.
engkau mampu ucap terima kasih.
engkau kuat. Allah sayang hambanya yang redha dgn setiap ketentuanNya. 

saya bangga dengan persahabatan yang terbina.
semoga Allah memberkati kita semua. 

Sunday, May 20, 2012

terlepas pandang.

bila berkawan.
ada rapat-rapat.
baik-baik.

tanpa kita sedar.
ada yang terlalu selesa.
dgn cara kita. gaya kita.

maka dikongsikan cerita.
dikongsikan masalah.
ada kala kita mcm pelik.

tertanya.
kenapa?
dia juga cuba jaga kita.
buat baik dengan kita.

ada pulak rasa tak selesa.
kita cuba jauh. sedikit demi sedikit.

saat dia hilang sepenuhnya.
ada pula kangan dia disisi.
rindu dgr masalah.
rindu gaduh mulut.
rindu siapkan kerja sama-sama.
rindu saat bersama.

ayuh kawan. hargailah nilai persahabatan.
tak mungkin dapat yang sama lagi.
fikir-fikirkanlah.

gelagat manusia.

saat emosi mengawal diri. semua benda nak pecah. kalau dekat pencicit. tudiaaa. kalah hakim weh dia menghukum. kalah. kalau masuk bilik mahkamah mungkin menang kes tersebut.

tapi saat guna akal. dikisahkan manusia kalau menghukum. dikisahkan manusia bagaikan dia tuhan menghukum.

gelagat manusia. saat kau update new tweet tak nampak kau bagai menghakimi manusia?

seperti aku cakap. kerna kita tak perlu degree master mahupun phd utk jadi hakim. untuk menilai. menghukum manusia lain.

ye. aku pun sedang jadi hakim yg tak punya degree menilai kau. puas manusia?

hah.

Saturday, May 19, 2012

berbeza memang berbeza.

masa aku umur 5 tahun. ma dan ayah kerja. nenek on ubat yg tinggi bahan kimia. jadi aku terpaksa dicampak ke tadika kampung kota. saat itu g tadika belajar baca doa makan. doa tidur. doa masuk tandas. dan macam-macam lagi. balik  dari tadika aku main-main dgn fatah. dgn muiz. yelah jiran tetangga. dengan cousin aku. eyo dan kekda kekni. main situ sini. pasir. tanah. belalang. arghh gigit pun biasa je. petang ngaji quran dgn tok mek. beliau ialah tok guru ajar kami mengaji. lepas ngaji sambung main. malam lepak tgk tv. pukul 10 dah tidur. tak da makna nak fikir soalan kelas matematik kelas sains.

sekarang? budak zaman sekarang? lepas sekolah g kelas tambahan. malam g kelas al quran. langsung tak ada masa main luar rumah. kesian. hidup mereka macam dah dijadualkan. waktu makan. waktu tidur. aku tgk pun rasa mcm robot. aku rimas. aku lemas.

sebab aku dulu bebas. lepas sekolah nak tidur ke. nak makan nasi ke. nak buat kerja sekolah ke. nak main basikal ke. bebas.

sekarang dan dulu berbeza. sangat.

Friday, April 13, 2012

diam

diam, bukan erti bendera perang dinaikkan.
bukan juga dendam mahu dilangsaikan.

tapi.
sampai masa hati ini perlu untuk dijaga.

kerna pernah luka.
sakit.


Thursday, April 12, 2012

perihal mati.

pagi tadi, aku, mama dan ayah. breakfast kat rumah nenek. makan nasi dagang. sedap hingga menjilat kaki. lepas kenyang. minum teh o panas yang terbaik nenek buat, makan kuih che mek molek. sedap. kami pun mengatur langkah untuk pulang ke rumah. saat aku mahu ke kereta. teserempak dgn kawan nenek. dulu kecik-kecik selalu g rumah dia main-main dengan cucu dia. aku rasa dah hampir 5-6 tahun tak jumpa dia. sampailah tadi. aku panggil kawan nenek tu tok su. jantina dia perempuan.

air muka penat, lesu dan urat-urat tua teserlah dimuka. tangan berurat tua itu aku salam,kucup. saat itu dia meminta maaf dengan aku. aku terpingga tak tahu nak cakap apa. bayangkan orang tua dari kita minta maaf sedangkan salah silap dia apa pun tak ada dgn kita.

saat dia bersalam sama mama juga. sama ayatnya meminta maaf. lalu dia becerita. mimpi datang bermacam-macam. gempa bumi situ sini. bagaikan petanda katanya.

dia bersalam sama nenek. dan berkata. " aku datang nak bayar segala hutang dan nak mintak maaf. "

perihal mati. tanpa kira umur dan waktu. tua muda. gemuk kurus. baik jahat. cantik hodoh. kaya miskin. semua itu tak diambil kira.

apa kita sudah bersedia???

Wednesday, April 11, 2012

tercinta

lembu dicucuk hidung.

maaf, aku punya hati dan perasaan.
sepertinya tak layak aku diperlaku seperti itu.

aku bukan lembu yang dicucuk hidung.
ditarik bila hujan.
dibiar hanggus dibawah sinar mentari.

memang adanya keburukan masing-masing.
kesabaran manusia punya batas.

malas bersuara.
baik diam seribu bahasa.

adios.

Sunday, April 8, 2012

kehidupan

dipohon pertolongan.
disalah ertikan.
cuba meleraikan.
ditolak-dicela.

kehidupan.

cuba baiki cuba maafkan.
cuba lupakan.

setan bisik.
datang amarah.
bikin panas.
betegur tidak bertumbuk darah.

kehidupan.

dinilai. dihukum.
seperti paling kuasa.

lupa yang ciptakan kita?
lupa tanah itu asal kita?

kehidupan.

sebab itu,
kesilapan ditegur.
kebaikan ditunjuk.
kesalahan dibetulkan.
yang elok, senantiasa ikut.

arghh, adanya aku. hanya manusia lemah. dibisik setan. terikut-ikut. aku tak kata aku hebat. pernah aku tak betegur. menilai menghukum selalu. kenapa? sebab kehidupan ini mengajar kita. mematangkan kita. berkali kita lakukan kesalahan. kenapa? kata mengajar. kerna lupa. perlu kita mengingati. senantiasa kita ingat asal kita.

ingat kita hamba Allah.
ayuh kita terapkan...
amar makruf nahi mungkar.

sama-sama. kerna kita lemah. kerna kita lekaaa. duniaaa yg kita jaga. akhirat?

bangkit kita berpesan-pesan.
jangan jaga diri kita aja, sampai rakan seagama kita hanyut dgn lekaaa.

tegur.ingat-ingatkan.

insyaAllah.

cubauntukbersuara.pendapat.

Saturday, April 7, 2012

kosong

aku , hanya manusia.
yang berkotak hati.
dibulat suara.
punya perasaan.

jiwa rapuh namun senyum.

persetankan setan.
ditusuk hati.
dicucuk jiwa.

jangan biar kosong.

isi kan. jangan jadi kosong.
isi, kasih sayang.
semai kasih.
wujud sayang.

isi, ilmu.
akhirat kita jaga.
dunia kita bimbing.

aku tak mahu kosong.
kosong hanya pada sikalah.

aku tidak.

-manusia suka menilai, sampai sedar apa dinilai itu salah.
-jangan terlalu sibuk menilai. tak ada sedetik untuk menyemai.
kasih sayang.


Saturday, January 21, 2012

kerna nila setitik. rosak susu sebelanga

tajuk dah pasal pepatah. anda semua fahamkah maksud dia? hehe. mesti faham kan. so nak becerita sedikit.

ni perihal manusia, apa yang aku perhatikan. tegur akan salah aku. tunjuk apa itu betul kerana aku masih setahun jagung.

semua nama yg dlm cerita adalah samaran dan tak ada kaitan dengan siapa pun. aku hanya si pemerhati yg mahu bercerita.

ini satu cerita.

kiah dikenali dengan seorang yang baik hati suka menolong orang. dan satu hari dek kerana masalah kerjanya di sekolah. ada kena marah dengan guru besar dan di ejek sinis dengan kawan-kawan. dan kiah seperti tak boleh terima. dan dia beremosi. dia mula emosi. dan ada tersalah sentap dengan kawan baiknya, Qisaha. maka Q pun cerita kat maknya. tapi mak ni pula beremosi lebih lalu bercerita sini sana.

maka orang kampung pun pandang serong kepada kiah. kiah bagai artis. gossip situ sini. ada yang tuduh. hukum kiah jahat jahil.

persoalan aku.

kenapa orang nampak tersalah sentap kiah dari kebaikan yang dia lakukan sebelum ini? kenapa? sedangkan manusia memang tak lari dari melakukan kesalahan? kenapa perlu dihukum seseorang itu dengan satu kesalahan? apa layaknya kita manusia nak hukum orang?



Tuesday, January 17, 2012

syukur.

manusia, jangan terlalu pandang lihat ukur pada ketinggian. kemewahan. kekuasaan. kerana sampai kapan kau akan kejar itu semua. tanpa tengok ke bawah. kerana leka kejar. lega lega mahu ke atas. mahu mewah. itu semua bawa kamu lupa. lupa akan bersyukur. lupa akan orang yang hanya kais pagi makan pagi. kais petang makan petang. kalau tak kais. tak ada makan.

lihat ke bumi. lihat tempat kita pijak. lihat manusia yang lebih rendah dari kita. bukan untuk bangga diri. untuk agungkan diri. tapi tinggikan diri dengan syukur. kita mampu ini. tapi mereka? sekadar kais. nikmat Allah bagi sangat besar. mungkin kita tak mampu memiliki suatu yang mewah. tapi kita memiliki sesuatu yang cukup untuk keperluan kita. bila tengok orang yang rendah dari kita mungkin mereka tak ada semua itu. sekadar ada sesuatu yg ala kadar. lihatlah manusia.

nenek aku selalu bagi nasihat. jangan terlalu pandang keatas. kadang-kadang tengok ke bawah. tengok. nilai. pakai akal. hati. jiwa. insan. bersyukur dengan rezeki Allah. nikmat Allah sangat besar. Alhamdulillah.

terima kasih Allah.

Monday, January 16, 2012

tengok balik umah malas pulaks nak update. padahal banyak je idea. acaner neh? haha

IMISSYOU! YES YOU!
YEAH YOU!
YUP YOU!
YOU!

Saturday, January 14, 2012

le part 2 Cameron Higland

hari kedua kami semua di cameron. dah malam pertama kat cameron baju berlapis-lapis. ada heater sha sediakan tapi tak berani nak guna sebab sha ckp kalau leetak dkt pape barang boleh cair. maka aku dan qilla ambik keputusan guna blanket dan sweater saja. haha. bangun dalam pukul 8 lelebih. wuuuu sejukkkkk sangat. mandi pun berebut-rebut sebab nak air panas. haha.

boss iaitu bon cakap depa dtg ambik kami pukul 9. last last dgn ada yang baru bgn tak mandi. tak tu tak ni. tak apa kami pun bukan nak ikut jadual macam trip sekolah. jadi chill saja. kami a.k.a kaum hawa ni pergi la jejalan kawasan rumah sha yang ala ala obersea uols. haha. kami pergi tangkap gambar ambik udara segar semua. beberapa minit dpt call dari kedengaran kereta kereta marshall sampai. haha.

lalu bergerak lah kami mencari makan. dan ambik keputusan makan berat terus sebab lepas tu kami nak g ke ladang teh dan beberapa tempat lagi. pergi lah makan kat mamak sebab kedai pak ngah tutup. agak mahal skit mamak atas sana. tapi makan sajaaa. then kami bergerak berjemaah ke strawberry park. bukan jual strawberry uols. tu hotel. hehek. tangkap2 gambar dlm pukul 1 lebih kami gerak ke ladang boh.

ni part paling best. main hon hon. yelah nak naik ladang boh kan one way dan jalannya sangatlah curang (curam yee) . nasib baik kami pergi time musim tidak cuti sekolah. kalau tak nayaa. selekoh je hon. 6 6 kete nak hon. memang kecoh habis ladang teh haritu. tapi nasib tak baik. sebab boh tutup pada hari isnin. tapi kami buat keputusan nak naik atas lagi. iaitu kawasan strawberry farm. seronok beronok ronok nak naik. ada satu kereta niiiiii kan macam cabai tahu. tak nak mengalah langsung. maka kami 6 buah kereta dan tambah kereta-kereta belakang kami terpaksa mengalah undur.

maka kami tak dpt ke strawberry farm sebab saat itu kabus tebal telah pun muncul. kami lepak berjemaah di kawasan ladang teh yang dingin besama air awan yang baru sampai. ditemani kami kuaci serta makanan ringan. layannnnn. dan tetiba dorang start nyanyi lagu kenangan terindah. meriah ladang tehhh haritu. serius aku tersenyum. indah. masa kabus tebal datang. agak-agak dalam 13 degree. sangat sejuk.

dalam sejam lebih kami kat kawasan ladang teh. dan macam-macam kerenah ada. ada yang terjatuh. ada yang makan daun teh. okay aku dgn waseem dan faiz yg mkn daun teh. hahaha. nak rasa daun teh la katakan. haha. tangkap2 gambar dan kami terpaksa turun sebab kesian sorang kawan kteorg tunggu kat bawah sebab tak sanggup mengalah dan masukkan kereta ke kawasan rendah. jadi kami turun dan berhenti beli sayur sayur dan makan strawberry serta beli jagung untuk bbq pada malam pula. oyeah.

eh tapi kami behenti seketika kat cameron valley. minum teh tarik chocolate plus biskut tiger. haha

teruskan lagi perjalanan kteorg balik ke rumah bersiap untuk bbq. yummeh. jom tengok gambar lah uols. hekhek








Friday, January 13, 2012

le part 1 Cameron Highland

al kisahnya. selepas program jejaka jejaka ke sungai chilling. selepas itu bincang dan bincang selama study week. time exam week pun fikir pasal trip ke cameron highland. pelbagai rintangan. halangan dan masalah yang kami semua hadapi. akhirnya. tarikh 8 Januari 2011, jadi juga kami 17 orang pelajar UNITEN bertolak ke Cameron Highland.

pada pukul 10 pagi kami berkumpul di Upten (foodcourt) bayar segala bayaran untuk rumah dan bbq. dan mulakan perjalanan kami dengan doa. kami berhenti di perhentian pertama di Sungai Buloh. makan tengahhari. teruskan lagi konvoi bersama 7 buah kereta. dan berpisah dengan kereta azi dan akim yang pulang ke teluk intan.

maka teruskan lagu perjalanan kami ke Cameron bersama 5 kereta. kami berhenti solat serta makan minum untuk elakkan mengantuk dan menyegarkan diri di hentian tapah. selesai segala kami terukan lagi perjalanan kami. tapi kami dapat msg dari ketua marshall yang ada salah sorang dari kami pening. berhenti lah lagi di kampung raja. bagi asam kepada kak reha. lalu teruskan lagi perjalanan kami. dalam perjalanan naik jalan pusing-pusing buka tingkap ambik feel sejuk sejuk dah. terbaikkk.

tiba kami di rumah sha pukul 6 lelebih. lepak ambik feel orang putisss jap. buat ayat2 nak berpuisi segala skit. hahaha. lepas maghrib besiap-siap tunggu si jejaka datang ambik untuk bawa pergi makan dan tangkap gambar serta lepak lepak sedikit sebanyak.

ni time berhenti kat sungai buloh. dari kiri najwa fana, qula dan shasha.

nampak sign board cameron dah teruja lebih uols. haha

ni time berhenti kak reha pening-pening. kan jalan dia macam bepusing roller coster. haha. mostly ada dlm gambar ni kecuali puak2 kereta akim dan kak reha serta shah yg ke toilet. haha

6 kereta. 4 walkie talkie. 17 orang. kecah cameron highland. haha.

bila si gadis-gadis dah bersiap menunggu si handsome jemput. haha.


dah siap makan pergi leww reramai tangkap gambar. buat onar situ sini. dah la sejuk sangat sangat. perghhh. sedap uols.

feeling orang putiss uols. masuk je feeling duduk vacation kat paghiiss. nice kan? mama sha sangat kreatif okay.



ni tempat feeling habis nak buat lirik. sajak puisi. sumpah. tambah-tambah feeling honeymoon dgn crush sambil minum teh tarik chocolate. YUMMEH!

Thursday, January 12, 2012

wassup.

banyak benda nak update. tapi malas. haha. teghukkk bebeno. hahaha.


me miss cameron highland and all marshall so much.