Monday, February 25, 2013

pengalaman mematangkan

kadang-kadang aku susah untuk terima sesuatu hakikat. kerna tiada langsung sebab munasabab. seenaknya akan aku maki. akan aku sumpah seranah. kerna aku juga punya nafsu amarah. perihal suatu kerja semua penat. dan sebab pengalaman aku hormat. sebab umur aku dua kali hormat. ada tikanya hormat itu hilang. penyesalan aku sekarang tak berguna lagi. 

nasihat serta nasihat dan nasihat dari keluarga tercinta yang akan aku guna pakai. kerna ikut hati aku mati. pengalaman mematangkan seseorang. disebalik segala pengalaman ini akan aku terokai utk hari nanti. 

sekarang aku menaip utk puaskan hati sendiri sebab aku tak ada hak untuk bersuara. tak apa. medium ini mungkin cukup. 

aku hanya perlu ikhlaskan segalanya. dan ingat akan balasan Tuhan yang indah disebalik keikhlasan serta kesabaran kita. insyaAllah. 

*mati - merosakkan sesuatu jiwa *

Friday, February 22, 2013

mamee monster

engkau tahu.
otak aku berwayar dan berputar?
akal aku hijau.
minda aku separa kosong.

ada aku tengok cantik. otak aku.
bila aku tenung sedih.

dia kata mahu.
arghh serabut.kenapaaa perlu aku tersepit.
dia bilang manja sangat aku.
aku rasa dawai putus.

mamee monster.
renyuk goncang makan. letak serbuk. masin.

ajino banyak.

mamee monster. bulu biru.
hijau? arghh politik.

bila kemukakan.
muka muka.
facebook, dulu friendster.

*bukan aku update. tapi mamee monster*

bila rasa mahu becerita

hey, aku pernah gagal ? kau tahu ? aku pernah duduk sebawah yang rasa terhina. bukan sekali. tapi TIGA. dan aku pernah ada penyesalan sambung dalam bidang kejuruteraan. tapi Allah sayang aku. setiap jatuh aku. dan aku masih disini meneruskan tahun terakhir untuk bidang kejuruteraan. terima kasih Allah. sedetik sesaat semasa, ketika, semua ada hikmah sebab. yang adanya kita tahu. adanya tersirat mahu tersurat.

jadi bagi mereka tengah jatuh, atau jatuh. putus asa tu adalah sepatutnya tidak wujud. sumpah!

dan, terima kasih ma ayah mok kakak dan keluarga. yang tak pernah putus berdoa dan bagi semangat.

semoga kita semua berjaya. InsyaAllah.

*maaf untuk tatabahasa, atau kotakasa, atau penyusunan ayat yang salah kerna aku sedang terbang*