Tuesday, August 30, 2011

Sunday, August 28, 2011

45 minit terbang tinggi.


Doa diaminkan.
dikala sedia untuk berangkat pulang ke kampung halaman.
disaat Kapal telah berada diawangan.
fikiran aku mula melayang.
hilang terbang atas awan .

lompat aku dari awan situ. awan sana.
senyum sahaja. makin tinggi makin tinggi.
imiginasi mengawal diri.
yang di hati menerpa diri.
kau, si senyuman manis.
raub wajahnya. yang pasti senyuman itu.
mata kau. mata aku.
seperti digari.

tak mampu aku lepaskan gari itu.
arghhh. hati aku cair.
senyum itu. mata itu.
buat hati aku menari. girang. indah.
sehinggakan pramugara berubah jadi kau.
kau, si senyuman manis.

*mengelamun.

teng teng teng.
isyarat pakai tali pinggang dinyalakan.
keadaan sudah huyung hayang.
cuaca di Kelantan agak mendung. awan tebal.
waktu itu.
hati kembali. kembali resah.
hati berpijak didasar kebenaran.


aduhhhhhhhhhh.
semua itu hanya keindahan terbang tinggi.
semakin tinggi bersama imiginasi.
mata yang digari itu. bukan aku miliki.
si senyuman manis itu hak kau punya buah hati.
kerana fakta. rakan sekelas itu kami.
senyuman itu tak mungkin melebihi.

45 minit terbang tinggi.
terbang bersama imiginasi.
aku masih. mahu.
mahu berlayar dengan semua itu.
mahu hati aku terus menari.
inginkan dunia ini bagai aku miliki.

tapi itu hanya 45 minit di awangan tinggi.



just Dreams. really nice dreams. :)
thanks sang senyuman manis.


Saturday, August 27, 2011

Selamat Hari Raya.


inilah hasil after final haritu. kitaorang ada buat light grafiti skit. komen lah yea? hehe.

ikhlas dari Shutters Uniten dan gabungan ICE Uniten.

Alhamdulillah dpt komen yang memberangsangkan. click sini.

go Shutters go! <3

Thursday, August 25, 2011

puas

kepuasan berada dirumah. tak tipu. tebaik. teosem. tiada kata indah yang mampu aku ungkap kecuali. CURLASSKAUJAH.

puas. puas. puas. apa aku nak makan. teringin selama bebulan duduk di Bangi sana. tercapai. dan ptg tadi sempat redah banjir serta taufan bersama GF. terbaik. mya. i sayang you lebih! terima kasih untuk roti nan yang meleleh babe! terima kasih sudi dengar gossip hangat i. HAHA. double A. oyeah!

senyum senyum senyum. itulah aku untuk sekarang. doremon mampukah kau berhentikan masa. dan teruskan aku dengan senyuman.


rindu.

Tuesday, August 23, 2011

tamat sudah.


alhamdulillah. tamat lah sudah naik turun sem ini. semua boleh dilalui dgn senyuman tangisan. masih meneruskan sisa-sisa hidup untuk ke alam sem seterusnya. doakan keputusan peperiksaan aku dapat yang boleh buat aku tesenyum senyum. amin.

seperti yg dikatakan. keghairahan mahu menangkap gambar tinggi. jadi ada dua tiga hasilnya. jom lah nengoknye zekit zekit. haha.





alahai. tergelap skit gambar. hekhek.
zo zweet tau. korang tggu kami kami abes exam baru buat bukak puasa ramai ramai.
curlastkaujah. ! haha




makanya malam lepas bebuka. saya dan najib dan zatul. meneruskan perjuangan belajar light painting. untuk menyiapkan kad raya kelab kami.
<3

curlastkaujah!

ptg ni saya balik kelantan. OYEAHHH!

Saturday, August 20, 2011

bila aku tahu berita itu. seakan tak percaya. dia telah kembali tempat asal. selamanya.
saat itu jernih-jernih kaca mengalir membasahi pipi.
teringat aku akan keluarga-keluarga aku yang telah ke-sana. yang kembali ke-sana.
aku kangan mereka.

aku juga takut. apa masa aku tak lama lagi? apa sempat aku bertaubat? apa sempat aku cium mama? ayah? nenek? kakak? abang? adriana? saudara-mara aku? kawan-kawan aku?

apa nanti sudikah semua orang nak sedekahkan Al-Fatihah pada aku?



Lah, semoga kau ditempatkan di kalangan orang-orang beriman. amin.
Al-Fatihah.

Friday, August 19, 2011

gian.

tak sabar nak duapuluhtiga pukul 6.25 ptg. nak pancut rasa rindu kepada keluarga di Kota Bharu. nak lepak dengan budak-budak kecik malam-malam main bunga api. ambik zarah zarah yang berterbangan. zarah raya. kau ada? tak sabar lagi nak makan-makanan mama ayah dan nenek masak. almaklum, 3/4 bulan duk jamah makanan mak ayah dan nenek orang masak. entah-entah bro-bro yang masak. main telan je.

lagi gian nak tangkap gambar. nak baca pasal photography. pastu rasa nak ajak seseorang pergi jalan-jalan tangkap gambar. haih. -.-' gian bebenor.


argh apa aku tak layak untuk kau.
tak kisah.
biarlah senyuman mu menjadi kebahagian hari aku.
biarlah kau hanya bermain dalam pikiran aku.

wahai wahai sang.

Saturday, August 13, 2011

untuk semua.



isnin aku bakal meratah thermodynamics yang tiga jam kredit itu.
bersama juga Islamic Studies petang isnin yang dua jam kredit.
selasa juga ada santapan untuk aku.
20.8.2011 dan 21.8.2011 juga ada jamuan bulan puasa untuk aku.

aku akan hadiri semua. aku pohon dipermudahkan segala urusan.
aku mintak sedikit jasa baik yang baca blog ini.
agar doakan aku. supaya segala majlis ini aku dapat lakukan sebagus mungkin.

aku juga mintak dari sepuluh jari tangan kaki mintak ampun kalau pernah buat kalian makan hati.
calar jiwa dengan kata-kata aku. ayat aku.
ampun.

kepada semua yang bakal hadapi setiap kehidupan.
aku sertakan selamat, semoga segala dilalui dengan ketenangan dari Allah.



13.OGOS
Selamat hari lahir Nenek.
i love you. <3



Wednesday, August 10, 2011

ia datang menjelang hujung-hujung sem

selalu datang pada akhir sem.
perasaan cepat melenting.
cepat terasa.
cepat jatuh cinta.
cepat nak bagi kaki ke muka.

benar.
hujung sem atau lebih tepat.
peperiksaan akhir.
mula perasaan kucar kacir.

sebab?
takut. risau. peperiksaan akhir pulak.
nah. lulus gagal.
semua dipikirin.

begitu juga aku.
jiwa aku memberontak.
aku gentar dengan kau finale.


Tuesday, August 9, 2011

baru boleh dengar?

dengan pembesar suara baru aku layak bersuara?
apa baru boleh dengar?

okey.

Monday, August 8, 2011

apa bintang malap.

dikala aku di awangan malam.
terbang tinggi gapai bintang.
arghh deringan dear child-antohy green mematahkan sayap aku.
aku senyum dengan jawab Hell-O.
aku dengar dia bicara.
apa lagi.
aku disini seribu satu masalah nak fikir.
apa aku layak lagi fikir pasal kau?
nah. aku tadahkan saja periuk telinga.
aku berkata atau dusta.

dan aku penat jadi bintang malap.
bila aku besinar. kau malap kau datang.
mengharapkan cahaya aku menyinari kau.
aku lenguh dengan semua tipu-an.
aku punya impian aku mahu sentiasa bersinar
tanpa sebarang gangguan.
apa kau tahu.
apa tinggi permintaan aku.

apa layak kata celaka pada semua yang ambil cahaya bintang aku.
apa layak aku jadi bintang malap tak kala kau bintang sinar?

bulan mulia.

Masjid Universiti Tenaga Nasional.

ayuhlah kawan-kawan kita perkasakan lagi amalan kita pada bulan mulia ini.

dan saya pohon jasa baik kawan-kawan yang sudi singgah kat blog saya ni mendoakan saya dan pelajar-pelajar uniten yang lain kerana kami bakal menghadapi peperiksaan akhir bermula 15/08/2011 ini.

semoga Allah permudahkan urusan kita. amin.



p/s : jemputlah datang buka puasa kat Masjid UNITEN.
tiap tiap hari ada juadah buka puasa.
dan boleh terawikh bersama-sama sekali.

apa mungkin sempat kita jupa ramadhan lagi tahun depan?

Wednesday, August 3, 2011

yang hadapi adalah kita.

aku pernah terbaca pada satu status kawan.


When dealing with people, remember we are not dealing with creatures of logic, but creatures of emotion.

aku sangat setujulah.
manusia. punya perasaan,perangai. bermacam.
sebab itu dunia ini punya banyak warna.
dan manusia kadang-kadang hanya nampak sakit dia.
sakit orang dilempar jauh.
tangisan dia mengharap kedengaran di radio
tangsian orang dibiar bergolek hingga perut bumi.

tapi semua ini kita kena hadapi.
kerana selangkah demi selangkah.
itu pengalaman.
yang bakal keluarkan kita dari takat lama.

hadapilah semua itu. walaupun terpaksa tahan dengan pelbagai calaran.
ingatlah janji Allah pada orang yang sabar.


Monday, August 1, 2011

pengumuman pengumuman.



Dengan ini saya Ninja Hamimo mengumummkan esok puasa iaitu pada 1 Ogos 2011. Selamat menunaikan ibadah puasa. :)