Tuesday, May 31, 2011

sampai bila?

dah berminggu minggu asyik senyum.
sengeh.
khayal bagai ambik pil.
angkuh. berlagak.
tak kemana semua itu.

harini. tergolek.
sekali tergolek.
boleh lagi senyum.
senja, terjatuh.
ada luka sedikit.

nahh. sakit.
sekarang. sekarang.
mana senyum?
mana angkuh?
mana?

aku hanya tahu sakit.
tak nak lagi.

sakit disini mengenai sakit bila tengok soalan dynamics. thermodynamics hantar kosong sahaja. sakit. SAKIT.

2minggu lagi test. apaaa? manaa? apa perubahan kau hamimo? ahh angkuh.

SAKIT. :'(



tinggi bukan apa yang kau nak capai.
susah bukan?

apa yang perlu?
usaha bukan?
fikirlah.
yeah.
aku mengaku.
aku banyak main. banyak gelak.
khayal.


Sunday, May 29, 2011

tempat jiwa bicara

aku ingat lagi dulu-dulu time kat matrik. time jiwa kacau. aku selalu tulis macam-macam kat kertas. tambah-tambah time kelas chemistry. bosan kot chemistry. haha. pasal sepi lah. pastu dia takda fikir semua ni. sampai masuk uniten. jupe kawan-kawan sama minat. jupe kawan-kawan yang jiwa makanan sama. itu nikmat.

tempat yang aku rasa best gila nak lepak ialah akar shah alam. lorong seni putrajaya. tu tempat tak akan bosan nak lepak. lepak sambil minum air kosong. pejam mata. bawa kau punya kamera. tak kesah lah kamera apa. tak kesah. bila kau lepak situ. jiwa kau macam ketagih. mahu mahu mahu. jupe orang sama jiwa. jupe orang sama rasa. kau puas. kau dengar, bukan dengan telinga apa yang disampaikan. tapi dengan jiwa. dengan hati. macam dadah. khayal. tapi kau dapat sesuatu. kau hayati apa yang disampai. kau fikir faham.

ahh. kalau aku cakap. tak akan ada orang faham. kecuali dia jiwa itu. dia gila macam kami yang gila suka semua ini.


i feel like taking one semester off from my studies;
just to learn how to play the piano + guitar, go to a graphic design course,
as well as a photography class.

as much as i love engineering, i also love the arts & creative side of me
(status fb najib)

insyaAllah kalau panjang umur akan aku teruskan semua yang aku minat ni. :)





Wednesday, May 25, 2011

matahari

setiap dingin pagi. aku setia menanti kau muncul. muncul dari celah celah bukit,pokok. bagaikan baru bangun tidur yang lena. senyum pada aku. senyum yang perkukuhkan hari hari aku. yang becerita. kuatkan jiwa. hadir untuk aku. matahari. terharu.

saat kau mahu rehat. aku setia tunggu sampai pandangan akhir dari tingkap aku. aku akan rindu kau. matahari.apa mungkin esok aku terbangun lambat. mungkin aku dah tak dapat senyuman tawa mu lagi? apa esok hujan. bagaikan kau tak kuat nak bagi aku senyuman. apa esok aku sudah tidak lagi mampu tunggu kau di tingkap seperti hari hari aku nantikan. apa hari ini hari terakhir aku tengok kau senyum?

matahari. ya aku selalu mengeluh bila panas terik. tapi aku selalu rindu. rindu tetibe kau redub. seperti kau merajuk. merajuk saat aku merungut panas. matahari si comel. hari hari aku perhatikan kau. walaupun tak setiap masa aku dapat rakam kau. tapi kau terindah. :)


layan projek rabak Fynn Jamal guna headphone.
sumpah terbaik!

saat matahari nak keluar. saat aku tunggu. aku rindu.

saat dia nak berehat. saat aku akan nantikan sampai gelap. saat aku akan mencari. menanti.
saat rindu akan bermula.

quiz quiz quiz.
busy.
kalah pm. *bajet gila*
haha.



Wednesday, May 18, 2011

kuatkan hati dan jiwa.

kadang-kadang kita kena fikir pasal kita.
yeah tak dinafikan.
orang akan cakap ''kau kne faham perasaan dia jugak, maybe dia ada masalah ''
mungkin saat tu kau pun mengalami masalah.
tapi kau diam je.

yeah cara terbaik.
kuatkan jiwa hati.
ingat Allah ada.
saat manusia seorang pun tiada dgn kau.

kuatkanlah.

move on hamimo!
kuat!

Thursday, May 12, 2011

selamat hari hari maama

Mama,
Ma lah tulang belakang aku.
yang sentiasa menyokong aku.
untuk bangun. bangun lebih tinggi.
setiap yang berlaku dalam keluarga.
dia akan lebih kuat dari naga.

Ma, terima kasih ma.
semoga Allah panjangkan umur ma.
murahkan rezeki.
sihatkan semuanya ma.

i miss you so much ma.
sorry for everything that might hurt you ma.
i wish to hug and kiss you now.
I LOVE YOU MA.

Friday, May 6, 2011

apa kata ninja ?

dah masuk sem baru dah. semangat baru. azzam baru. cgpa baru. jommmm!

nanti dah jauh dah dengan mama,ayah, nenek, sepupu-sepupu,makcik dan pakcik dah. (T.T)
nanti dah takde breakfast best-best dah.
nanti dah takde pasar tani yang jual coconut shake,ayam madu dan cendol awesome dah.
nanti dah takde csi. royal pain. kartoon-kartoon pelik-pelik dah.
nanti dah takde katil best dah. *im never gonna leave this bed*
nanti dah takde berebut remote control ngan mama ayah.
nanti dah takde jadi driver ambik nenek. anak-anak sekolah.
nanti dah takde lepak-lepak dengan mama ayah kat rantau panjang ke golok ke.
nanti dah takde dah keluar dengan mya,eyra,yaya,wafaa,mcwa dan lain-lain.
nanti dah takde tidur awal-awal *errr kat uniten macam tdo lambat kan?*

masuk sem baru dah.
breakfast makan ala kadar je lah.
takde tv tv lah. bil electic sume kena fikir.
takyah nak katil best sangat dah. katil kat uniten tu pun belum tentu bangun awal. haha
kereta lagi la takde. kaki ada kan.
nanti kena banyak-banyak berubah..
kena jaga kehidupan. segala lah sediri.
kena kuatkan semangat. baru tak pondan! haha.



aku pun tak faham tajuk entry ni. haha
semangat.
sebak nak berjauhan dengan keluaga.
semnagat nak mengapai cita cita.

Thursday, May 5, 2011

selamat datang

aku dah tak cari pasal.
senyapkan saja.
jangan sampai aku lempang sengaja.


Monday, May 2, 2011

aduh aduh aduh

aduh
mana 9 akal yang kau agungkan?
mana bukti segalanya?
kelakar.

benda remeh. dibesarkan.
dikhabarkan diri jernih bak kristal.
aduhh, manusia.
mana lari dari segala masalah.

aduh.
tiada bukti kematangan senjata utama.
akal si kancil mampu menewaskan kau.
haihhh. ketawa kecil.

aduh.
libatkan pula orang orang.
gelak kan sahaja pada mereka yang..........

aduh.