Friday, April 13, 2012

diam

diam, bukan erti bendera perang dinaikkan.
bukan juga dendam mahu dilangsaikan.

tapi.
sampai masa hati ini perlu untuk dijaga.

kerna pernah luka.
sakit.


Thursday, April 12, 2012

perihal mati.

pagi tadi, aku, mama dan ayah. breakfast kat rumah nenek. makan nasi dagang. sedap hingga menjilat kaki. lepas kenyang. minum teh o panas yang terbaik nenek buat, makan kuih che mek molek. sedap. kami pun mengatur langkah untuk pulang ke rumah. saat aku mahu ke kereta. teserempak dgn kawan nenek. dulu kecik-kecik selalu g rumah dia main-main dengan cucu dia. aku rasa dah hampir 5-6 tahun tak jumpa dia. sampailah tadi. aku panggil kawan nenek tu tok su. jantina dia perempuan.

air muka penat, lesu dan urat-urat tua teserlah dimuka. tangan berurat tua itu aku salam,kucup. saat itu dia meminta maaf dengan aku. aku terpingga tak tahu nak cakap apa. bayangkan orang tua dari kita minta maaf sedangkan salah silap dia apa pun tak ada dgn kita.

saat dia bersalam sama mama juga. sama ayatnya meminta maaf. lalu dia becerita. mimpi datang bermacam-macam. gempa bumi situ sini. bagaikan petanda katanya.

dia bersalam sama nenek. dan berkata. " aku datang nak bayar segala hutang dan nak mintak maaf. "

perihal mati. tanpa kira umur dan waktu. tua muda. gemuk kurus. baik jahat. cantik hodoh. kaya miskin. semua itu tak diambil kira.

apa kita sudah bersedia???

Wednesday, April 11, 2012

tercinta

lembu dicucuk hidung.

maaf, aku punya hati dan perasaan.
sepertinya tak layak aku diperlaku seperti itu.

aku bukan lembu yang dicucuk hidung.
ditarik bila hujan.
dibiar hanggus dibawah sinar mentari.

memang adanya keburukan masing-masing.
kesabaran manusia punya batas.

malas bersuara.
baik diam seribu bahasa.

adios.

Sunday, April 8, 2012

kehidupan

dipohon pertolongan.
disalah ertikan.
cuba meleraikan.
ditolak-dicela.

kehidupan.

cuba baiki cuba maafkan.
cuba lupakan.

setan bisik.
datang amarah.
bikin panas.
betegur tidak bertumbuk darah.

kehidupan.

dinilai. dihukum.
seperti paling kuasa.

lupa yang ciptakan kita?
lupa tanah itu asal kita?

kehidupan.

sebab itu,
kesilapan ditegur.
kebaikan ditunjuk.
kesalahan dibetulkan.
yang elok, senantiasa ikut.

arghh, adanya aku. hanya manusia lemah. dibisik setan. terikut-ikut. aku tak kata aku hebat. pernah aku tak betegur. menilai menghukum selalu. kenapa? sebab kehidupan ini mengajar kita. mematangkan kita. berkali kita lakukan kesalahan. kenapa? kata mengajar. kerna lupa. perlu kita mengingati. senantiasa kita ingat asal kita.

ingat kita hamba Allah.
ayuh kita terapkan...
amar makruf nahi mungkar.

sama-sama. kerna kita lemah. kerna kita lekaaa. duniaaa yg kita jaga. akhirat?

bangkit kita berpesan-pesan.
jangan jaga diri kita aja, sampai rakan seagama kita hanyut dgn lekaaa.

tegur.ingat-ingatkan.

insyaAllah.

cubauntukbersuara.pendapat.

Saturday, April 7, 2012

kosong

aku , hanya manusia.
yang berkotak hati.
dibulat suara.
punya perasaan.

jiwa rapuh namun senyum.

persetankan setan.
ditusuk hati.
dicucuk jiwa.

jangan biar kosong.

isi kan. jangan jadi kosong.
isi, kasih sayang.
semai kasih.
wujud sayang.

isi, ilmu.
akhirat kita jaga.
dunia kita bimbing.

aku tak mahu kosong.
kosong hanya pada sikalah.

aku tidak.

-manusia suka menilai, sampai sedar apa dinilai itu salah.
-jangan terlalu sibuk menilai. tak ada sedetik untuk menyemai.
kasih sayang.