Thursday, April 12, 2012

perihal mati.

pagi tadi, aku, mama dan ayah. breakfast kat rumah nenek. makan nasi dagang. sedap hingga menjilat kaki. lepas kenyang. minum teh o panas yang terbaik nenek buat, makan kuih che mek molek. sedap. kami pun mengatur langkah untuk pulang ke rumah. saat aku mahu ke kereta. teserempak dgn kawan nenek. dulu kecik-kecik selalu g rumah dia main-main dengan cucu dia. aku rasa dah hampir 5-6 tahun tak jumpa dia. sampailah tadi. aku panggil kawan nenek tu tok su. jantina dia perempuan.

air muka penat, lesu dan urat-urat tua teserlah dimuka. tangan berurat tua itu aku salam,kucup. saat itu dia meminta maaf dengan aku. aku terpingga tak tahu nak cakap apa. bayangkan orang tua dari kita minta maaf sedangkan salah silap dia apa pun tak ada dgn kita.

saat dia bersalam sama mama juga. sama ayatnya meminta maaf. lalu dia becerita. mimpi datang bermacam-macam. gempa bumi situ sini. bagaikan petanda katanya.

dia bersalam sama nenek. dan berkata. " aku datang nak bayar segala hutang dan nak mintak maaf. "

perihal mati. tanpa kira umur dan waktu. tua muda. gemuk kurus. baik jahat. cantik hodoh. kaya miskin. semua itu tak diambil kira.

apa kita sudah bersedia???

No comments:

Post a Comment