Thursday, May 31, 2012

perihal sejati.

pertamanya aku nak khususkan pasal teman atau kawan. atau juga sahabat sejati.

pernah dulu aku berharap ye kita selamanya sahabat. kita sahabat sejati. tapi apa berlaku? seperti dikelar jantung hati aku. kerna aku tertipu. tertipu dengan kata-kata atau ungkapan sahabat sejati.

tapi setelah perkara itu berlaku. kebenaran datang. dan sebenarnya itu hanya salah faham. disebabkan tanpa usul periksa. tanpa soal selidik. aku terus lompat pada kesimpulan. aku menyesal. berjanji lagi tidak mahu pegang pasal sahabat sejati.

tapi aku percaya pada bulatan persahabatan terbina. persahabatan aku sekarang. semua dah terbaik. aku hargai. aku tak mahu lagi cari bulatan lain semahunya. tapi  ini kehidupan macam roda. yang berpusing tanpa kita tahu arah barat arah timur dia berpusing.

mungkin ada terguris tecalar. tapi betulkan. hargai. jangan terlalu mencari yang sejati. nanti kita kehilangan sahabat abadi.

semoga bulatan yang tebina itu. terbina sehingga jannah. amin.

Friday, May 25, 2012

matang

matang. perkara yang bukan diukur dengan angka yang bergelar umur.

kerna matang ini semua berdasarkan pemikiran.
macam mana diselsaikan sesuatu masalah.

masalah yang datang dari pelbagai segi.
detik itu kematangan mampu dinilai.

matang. ahh tak matang.

dihitung.


Wednesday, May 23, 2012

punya sejuta cerita.

perkenalan dimulakan dengan jabat tangan serta senyuman.
dari senyuman. keluar pula cerita pengalaman.
bergelak ketawa.
bertepuk bertampar.

dari a ke cerita b. dari y ke cerita z.
sampai yang kelat. pahit masam. manis leting.
semua dicerita.

tapi semua terungkai sebalik satu senyuman.
senyuman itu terungkai sejuta cerita.
tangisan itu terjawab dengan sejuta cerita.
hati kering itu punya sejuta cerita.

setiap insan punya sejuta cerita.

:D

Tuesday, May 22, 2012

redha.

aku mendoakan yang terbaik. aku mendoakan bulatan sahabat kita bina. sampai ke  Syurga. aku nampak keikhlasan berkawan dalam bulatan itu. aku nampak kekuatan dalam persahabatan. 

pelukan aku bagi untuk melegakan.
disaat teman amat diperlukan.
disaat itu juga aku tak mampu nak keluarkan sebarang kata-kata.
tapi senyuman itu. aku tahu perit tapi itu senyuman kekuatan engkau.
engkau mampu ucap terima kasih.
engkau kuat. Allah sayang hambanya yang redha dgn setiap ketentuanNya. 

saya bangga dengan persahabatan yang terbina.
semoga Allah memberkati kita semua. 

Sunday, May 20, 2012

terlepas pandang.

bila berkawan.
ada rapat-rapat.
baik-baik.

tanpa kita sedar.
ada yang terlalu selesa.
dgn cara kita. gaya kita.

maka dikongsikan cerita.
dikongsikan masalah.
ada kala kita mcm pelik.

tertanya.
kenapa?
dia juga cuba jaga kita.
buat baik dengan kita.

ada pulak rasa tak selesa.
kita cuba jauh. sedikit demi sedikit.

saat dia hilang sepenuhnya.
ada pula kangan dia disisi.
rindu dgr masalah.
rindu gaduh mulut.
rindu siapkan kerja sama-sama.
rindu saat bersama.

ayuh kawan. hargailah nilai persahabatan.
tak mungkin dapat yang sama lagi.
fikir-fikirkanlah.

gelagat manusia.

saat emosi mengawal diri. semua benda nak pecah. kalau dekat pencicit. tudiaaa. kalah hakim weh dia menghukum. kalah. kalau masuk bilik mahkamah mungkin menang kes tersebut.

tapi saat guna akal. dikisahkan manusia kalau menghukum. dikisahkan manusia bagaikan dia tuhan menghukum.

gelagat manusia. saat kau update new tweet tak nampak kau bagai menghakimi manusia?

seperti aku cakap. kerna kita tak perlu degree master mahupun phd utk jadi hakim. untuk menilai. menghukum manusia lain.

ye. aku pun sedang jadi hakim yg tak punya degree menilai kau. puas manusia?

hah.

Saturday, May 19, 2012

berbeza memang berbeza.

masa aku umur 5 tahun. ma dan ayah kerja. nenek on ubat yg tinggi bahan kimia. jadi aku terpaksa dicampak ke tadika kampung kota. saat itu g tadika belajar baca doa makan. doa tidur. doa masuk tandas. dan macam-macam lagi. balik  dari tadika aku main-main dgn fatah. dgn muiz. yelah jiran tetangga. dengan cousin aku. eyo dan kekda kekni. main situ sini. pasir. tanah. belalang. arghh gigit pun biasa je. petang ngaji quran dgn tok mek. beliau ialah tok guru ajar kami mengaji. lepas ngaji sambung main. malam lepak tgk tv. pukul 10 dah tidur. tak da makna nak fikir soalan kelas matematik kelas sains.

sekarang? budak zaman sekarang? lepas sekolah g kelas tambahan. malam g kelas al quran. langsung tak ada masa main luar rumah. kesian. hidup mereka macam dah dijadualkan. waktu makan. waktu tidur. aku tgk pun rasa mcm robot. aku rimas. aku lemas.

sebab aku dulu bebas. lepas sekolah nak tidur ke. nak makan nasi ke. nak buat kerja sekolah ke. nak main basikal ke. bebas.

sekarang dan dulu berbeza. sangat.