pertamanya aku nak khususkan pasal teman atau kawan. atau juga sahabat sejati.
pernah dulu aku berharap ye kita selamanya sahabat. kita sahabat sejati. tapi apa berlaku? seperti dikelar jantung hati aku. kerna aku tertipu. tertipu dengan kata-kata atau ungkapan sahabat sejati.
tapi setelah perkara itu berlaku. kebenaran datang. dan sebenarnya itu hanya salah faham. disebabkan tanpa usul periksa. tanpa soal selidik. aku terus lompat pada kesimpulan. aku menyesal. berjanji lagi tidak mahu pegang pasal sahabat sejati.
tapi aku percaya pada bulatan persahabatan terbina. persahabatan aku sekarang. semua dah terbaik. aku hargai. aku tak mahu lagi cari bulatan lain semahunya. tapi ini kehidupan macam roda. yang berpusing tanpa kita tahu arah barat arah timur dia berpusing.
mungkin ada terguris tecalar. tapi betulkan. hargai. jangan terlalu mencari yang sejati. nanti kita kehilangan sahabat abadi.
semoga bulatan yang tebina itu. terbina sehingga jannah. amin.
No comments:
Post a Comment