Friday, November 8, 2013

hati

kau berharap dia tak akan pergi dengan menyakiti?
hati dia bukan besi.
walhal besi pun boleh cari kalau dengan api.
ini kan pula betapa rapuhnya hati.

atau selayaknya kau pergi mati.

Tuesday, October 22, 2013

until one day I stopped caring.
and began to forget why I longed to be so closed
and I disappear into the darkness
and the darkness turned to pain
and never went away
until all that remained was buried
deep beneath the surface

Monday, October 21, 2013

celaka

kenapa perlu ada si celaka.
walaupun kasih kau sisipkan.
dari mana datangnya celaka.
bila sayang dituturkan.

sampai kapan hati kau dilayaknya celaka.
sampai kapan ditenyek hati kau dengan pisau kata celaka.
sampai mahu kau renyuk.

apa pilihan hanya ada celaka?

Saturday, October 5, 2013

berita

terindah.
bila merpati datang bawa segulung kertas.
kerna itu berita gembira.

air mata mengalir.
sujud bersama air mata tanda syukur.
indah.

indah sangat berita itu.

Sunday, September 29, 2013

Turbomachinery

Life is good if you continuously surprise yourself by doing the impossible (or difficult) and pat your back graciously when you manage to do it! Sometimes even mundane task can be very difficult to execute, but they give you the opportunity to spice up your life by checking angles in which you can surprise yourself by doing things that are impossible and feel good when you manage to tackle them.  - Dr Azree-

Wednesday, September 25, 2013

down to earth

no one has a solid answer,
but just walking in the dark.



and we live,
and we learn,
and we try,

Tuesday, September 24, 2013

serba salah

dulu, pernah aku titipkan benci.
sebab pasang telinga untuk satu pihak.
setelah kenal hati budi.
aku serba salah.
dia layan aku sebaiknya.

serba salah benci itu ada dulu.
serba salah dua dua aku sayang.
kenapa perlu aku jadi orang tengah.
sebab kasih sayang itu sudah tiba.

aku sayang persahabatan kedua pihak.
tapi aku tidak kuat untuk jadi orang ketiga.


Tuesday, September 10, 2013

Heart

Sometimes, you just let your heart burn.
Without any flame.
Slowly.

And its fully burnt.

Hurt.


Monday, September 9, 2013

Payah

Maaf dan terima kasih.
Perkataan payah yang nak dituturkan dialaf ini.

Dan mungkin aku sendiri payah nak ungkap.

Sedar dan betulkan.

Thursday, September 5, 2013

Failed

"Pernah kau rasa give up ambik engineering ? "

Persoalan yang disoal oleh seorang junior.

Aku jawab.

Untuk aku berada kedudukan ini.
3 kali aku pernah gagal.
Satu, zaman aku di matrikulasi.
Dua, aku bawa berita gagal untuk ibu bapa aku
Tiga, masa aku tahun pertama.

Itu gagal besar bagi aku.
Belum termasuk anasir-anasir lain.

Yang markah hampir failed.
Semua aku lalui.

Jadi, aku tak mahu ulas.
Kau boleh fikir sendiri dik.

Kau nak bawa perasaan give up tu sampai ke mana.
Atau kau sebaliknya.

Wednesday, September 4, 2013

Keep

Keep holding on.

I'll reach the top of sky. One fine day.
And bring down some stars.

Just for you.

Hati.

Tak aku pinta lagi seru.
Hadir dan berdetak.
Terkikis menipis, perit.

Ke sana.

 Di sini bukan halaman kau.

Perasaan.

Tuesday, September 3, 2013

yakin

cuma mahu yang layak aku.
kapan pun masa itu.
yakinku padaMu.


satu lagi.

Lagi satu nafas aku perlu bertahan.
Lagi satu langkah aku perlu kuatkan.
Lagi satu experiment perlu sudahkan.
Lagi satu.

Ya Allah kuatkanlah aku. untuk aku capai mana rezeki yang telah kau tetapkan.


Monday, February 25, 2013

pengalaman mematangkan

kadang-kadang aku susah untuk terima sesuatu hakikat. kerna tiada langsung sebab munasabab. seenaknya akan aku maki. akan aku sumpah seranah. kerna aku juga punya nafsu amarah. perihal suatu kerja semua penat. dan sebab pengalaman aku hormat. sebab umur aku dua kali hormat. ada tikanya hormat itu hilang. penyesalan aku sekarang tak berguna lagi. 

nasihat serta nasihat dan nasihat dari keluarga tercinta yang akan aku guna pakai. kerna ikut hati aku mati. pengalaman mematangkan seseorang. disebalik segala pengalaman ini akan aku terokai utk hari nanti. 

sekarang aku menaip utk puaskan hati sendiri sebab aku tak ada hak untuk bersuara. tak apa. medium ini mungkin cukup. 

aku hanya perlu ikhlaskan segalanya. dan ingat akan balasan Tuhan yang indah disebalik keikhlasan serta kesabaran kita. insyaAllah. 

*mati - merosakkan sesuatu jiwa *

Friday, February 22, 2013

mamee monster

engkau tahu.
otak aku berwayar dan berputar?
akal aku hijau.
minda aku separa kosong.

ada aku tengok cantik. otak aku.
bila aku tenung sedih.

dia kata mahu.
arghh serabut.kenapaaa perlu aku tersepit.
dia bilang manja sangat aku.
aku rasa dawai putus.

mamee monster.
renyuk goncang makan. letak serbuk. masin.

ajino banyak.

mamee monster. bulu biru.
hijau? arghh politik.

bila kemukakan.
muka muka.
facebook, dulu friendster.

*bukan aku update. tapi mamee monster*

bila rasa mahu becerita

hey, aku pernah gagal ? kau tahu ? aku pernah duduk sebawah yang rasa terhina. bukan sekali. tapi TIGA. dan aku pernah ada penyesalan sambung dalam bidang kejuruteraan. tapi Allah sayang aku. setiap jatuh aku. dan aku masih disini meneruskan tahun terakhir untuk bidang kejuruteraan. terima kasih Allah. sedetik sesaat semasa, ketika, semua ada hikmah sebab. yang adanya kita tahu. adanya tersirat mahu tersurat.

jadi bagi mereka tengah jatuh, atau jatuh. putus asa tu adalah sepatutnya tidak wujud. sumpah!

dan, terima kasih ma ayah mok kakak dan keluarga. yang tak pernah putus berdoa dan bagi semangat.

semoga kita semua berjaya. InsyaAllah.

*maaf untuk tatabahasa, atau kotakasa, atau penyusunan ayat yang salah kerna aku sedang terbang*