pagi semalam aku lepak mamak seorang diri yang tak boleh nak fikir tu kenapa entah aku duduk sorang-sorang kat meja panjang yang untuk 12 orang. hahaha. okay bukan perihal meja yang aku nak sembang.
kisah dia, aku duduk merenung masa depan sambil menekuk ais limau datang seorang makcik india duduk semeja. dia tanya lah "can i seat here". aku pun dengan penuh lemah lembut " yes sure can".
and she asked me, what are you doing here? working at putrajaya? maka bermulalah konversasi kami. dan secara tak langsung dia bagitahu yang dia baru balik dari Hawai. lagi lah tak senang duduk aku dan tanpa segan silu aku soal perihal Hawai. masa tu aku dah tak kisah bahasa inggeris aku tunggang langgang yang penting banyak ilmu yang aku dapat perihal travel ni.
and she advise me " start saving now, go travel. you will learn a lot of things. just go nearby first for example Bangkok, Vietnam, Cambodia, Laos. and when you know the selok belok and then you go US, UK and so on."
serious tak pernah aku expect jumpa random people, becerita minat yang sama. bagi nasihat lagi, tengok gambar-gambar dia kat luar negara. lovely. *smile*
sesungguhnya 14/5/2015 hari yang indah buat aku. Alhamdulillah.
Friday, May 15, 2015
Tuesday, May 12, 2015
Manek urai
Aku bukanlah nak bercerita perihal pasca banjir di manek urai yang memang semua tahu keadaan banjir 2014 yang amat menyayat hati. Tapi aku ingin kongsikan pengalaman berborak dengan seorang penduduk kampung yang mencari sesuap nasi dengan menangkap ikan.
Berborak mengenai jualan ikan. Harga ikan. Ikan apa yang paling mahal. Berapa berat ikan yang pernah dia dapat. Macam mana nak tahu ikan-ikan ni hidup kat mana. Apa umpan. Semua kami sembang.
Dan aku disitu hanya diam mendengar dan menerima setiap apa yang Abe lee sampaikan.
Dari situ, aku sedar setiap apa kita lakukan yang penting adalah ilmu. Ingatlah ilmu itu bukan sahaja dari buku dan tidak pula wajib kau punya ijazah ataupun phd. Ilmu ini boleh diperolehi dari pengalaman. Pengalaman yang mengajar, mendidik serta membuktikan sesuatu.
Pengalaman aku di manek urai mengenai tangkapan ikan. Disitu kau rasa dengan ilmu kejuruteraan kau pun kau akan terdiam dek ilmu seorang penangkap ikan sungai yang ada kalanya mampu memperolehi 3000MYR sehari.
Pengalaman dan ilmu serta mengembara mampu membuat kita berpikiran luas.
Subscribe to:
Posts (Atom)