Berborak mengenai jualan ikan. Harga ikan. Ikan apa yang paling mahal. Berapa berat ikan yang pernah dia dapat. Macam mana nak tahu ikan-ikan ni hidup kat mana. Apa umpan. Semua kami sembang.
Dan aku disitu hanya diam mendengar dan menerima setiap apa yang Abe lee sampaikan.
Dari situ, aku sedar setiap apa kita lakukan yang penting adalah ilmu. Ingatlah ilmu itu bukan sahaja dari buku dan tidak pula wajib kau punya ijazah ataupun phd. Ilmu ini boleh diperolehi dari pengalaman. Pengalaman yang mengajar, mendidik serta membuktikan sesuatu.
Pengalaman aku di manek urai mengenai tangkapan ikan. Disitu kau rasa dengan ilmu kejuruteraan kau pun kau akan terdiam dek ilmu seorang penangkap ikan sungai yang ada kalanya mampu memperolehi 3000MYR sehari.
Pengalaman dan ilmu serta mengembara mampu membuat kita berpikiran luas.
No comments:
Post a Comment