Monday, November 15, 2010
Al-Fatihah
pagi dalam pukul 5.30 aku dikejutkan oleh mama dengan berita sedih. aku terkejut. jantung aku kencang berdegup. aku terduduk. keadaan berubah suram. sebak.
seumur 22 tahun. Dia telah kembali berjumpa pencipta kita Allah. Allah lebih sayangkan dia. Allah tamatkan seksa dia di bumi ini. mungkin itu yang terbaik. terngiang-ngiang suara arwah begelak ketawa dengan aku. yang paling tak boleh lupa saat aku jatuh di bukit larut. dia yang hulurkan tangan angkat aku. aku jogging di bukit larut besama arwah dan ati (makcik). arwah tunggu aku. sebab aku gemuk lembab sikit naik bukit.
saat terakhir kami makan bersama ialah semasa kakak ambik dia di UPM dan makan tempat yang dia selalu makan. dalam kereta dia becerita. susahnya final year project dia. tetapi ALHAMDULLILAH. arwah telah menghadiahkan keluarganya segulung ijazah. perginya arwah takkan kembali. perginya dengan tenang.
semoga syurgalah tempat dia.
(*da tak bole tulis sebak*)
kata akhir buat arwah,
anna,
nomi sayang anna.
maafkan salah silap nomi dengan anna.
anna kuat.
mungkin ini yang terbaik buat anna.
salam sayang dari kami semua anna.
semoga tenang disana.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
takziah..
ReplyDeletekakak eh.,
terima kasih chuu,
ReplyDeletekakak sepupu.