Tuesday, November 22, 2011

HARIMAU MALAYA!

aku dengan setia ketepikan segala kerja yang separuh nazak. sepatutnya siapkan semalam. dek kerana HarimauMuda yang bakal makan jilat garuda aku sanggup. sanggup sorok segala tugasan yang seperti sangat penting. tapi semangat Malaysia lagi tinggi bagi aku.

balik kelas pukul 7.30 tanpa aku mandi. aku lepak depan tv seperti nak masuk tv. aku berdiri depan housemate aku yang sedang tungkus lumus siapkan project. aku berdiri bangga nyanyikan lagu NEGARAKU! aku bedebar kalah nak akad nikah (tak pernah pun rasa debaran menikah. tett) .

5 minit pertama indon dah goal. jantung makin laju dan laju. minit ke 30 ++ HARIMAU MUDA goal! aku semangat bekobar-kobar. setiap kali tak puas hati aku update twitter kejap. aku tgk dengan penuh emosi sentap wanita segala.

sampailah penentuan terakhir. Penalty. aku serius nervous. kami siap berdoa. siap bertawakal. time fakri sepak aku pun fikir positif walaupun dia mematahkan sedikit semangat Malaysia. dan akhirnya segala milik MALAYSIA! satu rumah jerit bangga. bahagia. senyum saja. riang ria. segala punya Malaysia.

aku paling bangga bila status twitter facebook semua pasal Malaysia. pasal bola. tak kira india. melayu. cina. semua perkatakan pasal Malaysia. disitu nampak sangat 1 MALAYSIA. aku bangga.

mereka hero MALAYSIA yang akan dibanggakan.

TAHNIAH MALAYSIA!

2 comments:

  1. mana kita punya roti bakar and sup mushroom hoh?

    sampai hati bg harimau ja makan. sobs sobs.

    yeayyyemaskitapunya :)

    ReplyDelete
  2. ada ada. dah kenyang kita makan. licin.

    bukan i pun buat. housemate i yg buatkan. haha.

    yeahh! emas milik kitaaaa!

    ReplyDelete