Saturday, December 31, 2011

penangan final.



jgn tengok aku. tgk si jejaka jejaka yang tekun mentelaah. boleh la pilih buat calon suami uolss. haha

besama si madda. yeayy next sem satu kelas balik. btw, tepi aku yang baju putih tu. serius gempak gilaaaa. mmg geniusss. semua benda dia tahuuu. cayaaaaalahh.

ni penangan study NUMEC kat rumah. tengok kawan kita tgh guna dua calculator uolss.
mana-mana orang ada rasa course dorang tak guna calculator bak siniii laahhh. kami sangat mengalukan calculator2 dari pihak anda. haha

ni rumah ke tonggg sampahhh. tengok mulut aku tonggg sampahhh. seeemakkk. hahaha. (sketsaa jap)
keadaan rumah saat final. korang adaaaaa?
hampir berbelas orang lepak study kat umah aku study reramai. meriah dan berkualiti.


pagi 31.12.2011 saat kami semua bakal menduduki peperiksaan akhir NUMEC.
alhamdulillah semua okay. just sentap bila mintak LU 2 kali.
hoooooiiii. serius nak bersketsa tgk soalan tadi. ahaha


selepas exam numec lepak di taman warisan. ni geng-geng batch kami yang AWESOME.

bakal-bakal engineer masa depan. InsyaAllah. :))

Thursday, December 29, 2011

schedule

29.12.2011 - Theory Of Machine (TOM)
31.12.2011-Numercial Methods for Engineers (NUMEC)
4.1.2012 - Mechanics Of Fluids (MOF)
5.1.2012 - Mechanics Of Materials (MOM)
6.1.2012- Manufacturing Process (MANUFAC)

8.1.2012- ngeeehhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh

doakan saya tau kawan-kawan.

Ya Allah Permudahkanlah segala urusan hamim. semoga hamim jawab exam dengan tenang dan lancar. amin.


Wednesday, December 28, 2011

suatu saat dulu.

aku tak tipu.
pasal perasaan.
aku pernah rindu.

tapi tidak lagi sekarang.

selamat maju jaya.

Tuesday, December 27, 2011

apa anda buat pada penghujung tahun 2011?

bila nak final ke. nak test ke. nak siapkan project ke. kerajinan update blog sangat memberangsangkan. kagum lelaju uols. haha

pada 31 Disember 2011. aku bakal akhiri tahun 2011 dengan menjawab peperiksaan Numerical Methods For Engineers. subject yang kena buat project mega tetaskan telur. jawab exam guna 3 calculator. haa. gittew uols.


ni pulak kena jawab sebelum final. korang nak try. try lah tau? chayok2.
yang mana dpt soalan sama dgn aku jgn buat.
mintak je jawapan dgn aku. ngehhh. haha


aku orang ke seratus lima okay? sangat tak membanggakan okay kedudukan itu.
haha. tapi tu ikut kelajuan kita jawab computerized ni.
orang lain dah jawab minggu lepas.
aku nak final baru nak jawab. ngehhh.

nampak tak 3 calculator? haa. tu bukan tipu okay.
aku kira dan kira. tummtapp. salahhhh. sedih.
setelah meminta bantuan housemate aku yg asyik dpt seratus dlm setiap test.
jeng jeng. dia dpt jawapan sama dgn aku.
conclusion dia. jawapan lecturer aku salah. hekhek

semua tengah high buat NUMEC!
berebut-rebut calculator.

kalau doctor tak boleh hidup tanpa stetoskop.
engineer tak boleh hidup tanpa calculator.
ahli kimia tak boleh hidup tanpa bahan kimia?
tak gittew?

hekhek. byeee.

Sunday, December 25, 2011

for you.

Second chance is not meant for the same mistake to be repeated for the second time.
Same with third chance, and forth.

-quotes by lidah-

Saturday, December 24, 2011

i really miss to shoot sunset, sunrise and moon. seriously miss my hobby.
photography.

muka dan keadaan saat final senyum sinis takkala study belum habis.
umwaaa.

friends forever. :)


exams

hello, Assalamualaikum.

well, next week aku dah start final exam utk sem ni. cepat kan? yes.

makanya disini saya memohon sepuluh jari tangan kaki memohon ampun kepada semua saudara dan saudari. doakan kami semua pelajar UNITEN dapat menjawab soalan dengan tenang dan betul. doakan kami juga diberkati dirahmati dan dimurahkan rezeki. amin amin.

dan all the best untuk semua terutamanya housemate tercinta, noni dan mira. jiran jiran yang dikasihi madda,qilla,reha dan tiah. serta umh no 8 tingkat 3 yang disayangi, reen, nisa dan kak rozi. tak lupa juga kepada block sebelah iaitu lisma dan yus. kepada alyaa juga yang sepanjang sem ni melayan kerenah hamimo. dan kepada semua pelajar uniten lain.

good luck.

Ya Allah, permudahkanlah peperiksaan akhir kami dan tenangkanlah hati kami ketika menjawab soalan-soalan berikut. kuatkanlah daya ingatan kami. semoga ketika menjawab exam tidak kami lupa.
amin amin.

Sunday, December 18, 2011

kehidupan kita berbeda.

aku tersentap jugak dengan apa kau taip. walaupun mmg bukan untuk aku. tapi apa kau tulis menampakkan kau bodoh. jadi bertindak guna akal bukan emosi. titik.

meh sini nak ceritakan perbezaan kehidupan kita. tapi pertama sekali aku nak cakap, aku bukan berbangga, aku bukan juga nak berlaggak atau nak agung-agungkan kehidupan aku ini.

kami pelajar perempuan engineering. selama 4 tahun memang tak lari dari lelaki. kelas kami, dalam satu kelas mmg jangan terkejut kalau kau sorang sahaja perempuan. dan utk menyiapkan project-project. assignment itu normal kalau kau seorang sahaja perempuan. kalau lepak kau sorang jugak perempuan. sebab itu kehidupan kami.

tapi bila orang-orang yang tak faham suka salahkan kami kaum hawa. contoh ekeleh, stock keluar dgn lelaki je. come on babe. lu datang duduk sini kasik seminggu lu paham. noktah. wa malas nak ulas panjang. lu tu babe jangan laju sgt nak buat conclusion kalau experiment lu pun tak abis lagi. discussion tak buat lagi. result tak ada lagi. lu gelabah bhai. lu loser bhai. lu silap masuk kandang bhai.

kita bebeda. kau ambik perbankan. kau ambik account. kau ambik ekonomi. kehidupan kau dengan perempuan. kita bebeza. kau nampak macam ketagih lelaki dowhhh. kesian. kau panggil member-member aku bitch? kau judge hidup diorang tapi kau sendiri tak pernah lalui? kau sapa cakap kat orang jangan judge kau. tapi kau hukum orang macam kau tuhan? kau siap cakap dia lapar nak berkasih. kau? ouh. kau kesian.

Y U NO TAKE ENGINEERING COURSE AND GET KNOW OUR LIFE? AND MAKE YOUR VALID CONCLUSION? Y U NO DO THAT?

Friday, December 16, 2011

Jong Kook?

korang semua kenal tak Jong Kook? ala yg dlm running man tuuu. ke tak tgk running man? tak tengok? ouhhhh rugi. 140% rugi. haha.

meet Mr Jong Kook versi Uniten.



i dah upload setelah janji dengan you.
haha.

okay bye.



Monday, December 12, 2011

nak cari hobby baru. boleh?



team aku. zaman lepas spm. muka aku hitam ke merah ke hijau ke blue black. aku pun tak tahu. tapi dulu aktif gila futsal. dan sgt aktif lah bowling ke.

sekaranggggg? tak ada langsung aktiviti keluarkan peluh lemak lemak. haiyoooooooo. ini macam sgt susahhh looooh. pape pun sumpah aku rindu zaman lepas spm. pg bangun siap2 g belajar kereta. tengahari balik. petang futsal. dah lah gerak dengan geng2 yang lesen pun takde lg. kalau tak naik basikal ramai-ramai.

time ni kenal member2 dari semua pelusuk kelantan aku rasa. yg gambar 1st tu, yg budak tengah tu budak gua musang kalau aku tak silap. dia turun padang nak main futsal. then ada budak tumpat. budak kb. budak pc. sumpah terbaikkkkkkkk. wey rindu sep mu. :')

Friday, December 9, 2011

aku biarkan ia tanpa sebarang tajuk.

9 DEC 2011

jam berdetik. 3.28 a.m.
ini waktu tidur. rehat otak badan dan minda.
aku masih bergoogle.
berfacebook. bertwitter.

satu kata-kata untuk aku ingatkan pada semua.

" dalam kumpulan, komitmen setiap ahli adalah pemangkin keutuhan. kekuatan dan kejayaan satu kumpulan. "


sila setuju kalau benar.
sila bantah kalau salah.

yang benar
ninja.

Thursday, December 1, 2011

saat dikelas TOM.



bila saja ke kelas lambat 15 minit dan duduk belakang sekali sebelah jejaka jejaka yang lambat ke kelas jugak. dlm kelas TOM. hanya saya seorang perempuan melayu. dan jumlah perempuan kelas itu 4 orang.

al-kisah. seorang kawan aku, Lan baru saja lepas pembedahan keluarkan besi di dada kerana ada beberapa sebab. dan lagi seorang kawan aku Imam tangan dia juga turut berbesi. maka konklusi yang boleh dibuat. mereka adalah iron man. HAHA!

saat Lan menceritakan kesakitan itu. lutut aku pasti rasa goyah. macam getar lutut orang cakap. macam ngiluuu jugak la. jadi aku cerita dekat Uzair teman sekelas yg duduk sebelah aku. dan aku cakap kat dia sebab itu aku tak jadi DOCTOR! HAHAHAHA.

berlagakkan. bio pun dapat C. ada hati nak jadi DOCTOR? NGAHAHA.

sekian.

* TOM : THEORY OF MACHINE.
mesti korang ingat tom and jerry kan? tahuu dah.

perhiasan sahaja. macam aku seorang saja gadis melayu dalam kelas. HAHA