al kisahnya. selepas program jejaka jejaka ke sungai chilling. selepas itu bincang dan bincang selama study week. time exam week pun fikir pasal trip ke cameron highland. pelbagai rintangan. halangan dan masalah yang kami semua hadapi. akhirnya. tarikh 8 Januari 2011, jadi juga kami 17 orang pelajar UNITEN bertolak ke Cameron Highland.
pada pukul 10 pagi kami berkumpul di Upten (foodcourt) bayar segala bayaran untuk rumah dan bbq. dan mulakan perjalanan kami dengan doa. kami berhenti di perhentian pertama di Sungai Buloh. makan tengahhari. teruskan lagi konvoi bersama 7 buah kereta. dan berpisah dengan kereta azi dan akim yang pulang ke teluk intan.
maka teruskan lagu perjalanan kami ke Cameron bersama 5 kereta. kami berhenti solat serta makan minum untuk elakkan mengantuk dan menyegarkan diri di hentian tapah. selesai segala kami terukan lagi perjalanan kami. tapi kami dapat msg dari ketua marshall yang ada salah sorang dari kami pening. berhenti lah lagi di kampung raja. bagi asam kepada kak reha. lalu teruskan lagi perjalanan kami. dalam perjalanan naik jalan pusing-pusing buka tingkap ambik feel sejuk sejuk dah. terbaikkk.
tiba kami di rumah sha pukul 6 lelebih. lepak ambik feel orang putisss jap. buat ayat2 nak berpuisi segala skit. hahaha. lepas maghrib besiap-siap tunggu si jejaka datang ambik untuk bawa pergi makan dan tangkap gambar serta lepak lepak sedikit sebanyak.
ni time berhenti kat sungai buloh. dari kiri najwa fana, qula dan shasha.
nampak sign board cameron dah teruja lebih uols. haha
ni time berhenti kak reha pening-pening. kan jalan dia macam bepusing roller coster. haha. mostly ada dlm gambar ni kecuali puak2 kereta akim dan kak reha serta shah yg ke toilet. haha
6 kereta. 4 walkie talkie. 17 orang. kecah cameron highland. haha.
bila si gadis-gadis dah bersiap menunggu si handsome jemput. haha.
dah siap makan pergi leww reramai tangkap gambar. buat onar situ sini. dah la sejuk sangat sangat. perghhh. sedap uols.
feeling orang putiss uols. masuk je feeling duduk vacation kat paghiiss. nice kan? mama sha sangat kreatif okay.
ni tempat feeling habis nak buat lirik. sajak puisi. sumpah. tambah-tambah feeling honeymoon dgn crush sambil minum teh tarik chocolate. YUMMEH!