Tuesday, January 17, 2012

syukur.

manusia, jangan terlalu pandang lihat ukur pada ketinggian. kemewahan. kekuasaan. kerana sampai kapan kau akan kejar itu semua. tanpa tengok ke bawah. kerana leka kejar. lega lega mahu ke atas. mahu mewah. itu semua bawa kamu lupa. lupa akan bersyukur. lupa akan orang yang hanya kais pagi makan pagi. kais petang makan petang. kalau tak kais. tak ada makan.

lihat ke bumi. lihat tempat kita pijak. lihat manusia yang lebih rendah dari kita. bukan untuk bangga diri. untuk agungkan diri. tapi tinggikan diri dengan syukur. kita mampu ini. tapi mereka? sekadar kais. nikmat Allah bagi sangat besar. mungkin kita tak mampu memiliki suatu yang mewah. tapi kita memiliki sesuatu yang cukup untuk keperluan kita. bila tengok orang yang rendah dari kita mungkin mereka tak ada semua itu. sekadar ada sesuatu yg ala kadar. lihatlah manusia.

nenek aku selalu bagi nasihat. jangan terlalu pandang keatas. kadang-kadang tengok ke bawah. tengok. nilai. pakai akal. hati. jiwa. insan. bersyukur dengan rezeki Allah. nikmat Allah sangat besar. Alhamdulillah.

terima kasih Allah.

No comments:

Post a Comment