Saturday, January 14, 2012

le part 2 Cameron Higland

hari kedua kami semua di cameron. dah malam pertama kat cameron baju berlapis-lapis. ada heater sha sediakan tapi tak berani nak guna sebab sha ckp kalau leetak dkt pape barang boleh cair. maka aku dan qilla ambik keputusan guna blanket dan sweater saja. haha. bangun dalam pukul 8 lelebih. wuuuu sejukkkkk sangat. mandi pun berebut-rebut sebab nak air panas. haha.

boss iaitu bon cakap depa dtg ambik kami pukul 9. last last dgn ada yang baru bgn tak mandi. tak tu tak ni. tak apa kami pun bukan nak ikut jadual macam trip sekolah. jadi chill saja. kami a.k.a kaum hawa ni pergi la jejalan kawasan rumah sha yang ala ala obersea uols. haha. kami pergi tangkap gambar ambik udara segar semua. beberapa minit dpt call dari kedengaran kereta kereta marshall sampai. haha.

lalu bergerak lah kami mencari makan. dan ambik keputusan makan berat terus sebab lepas tu kami nak g ke ladang teh dan beberapa tempat lagi. pergi lah makan kat mamak sebab kedai pak ngah tutup. agak mahal skit mamak atas sana. tapi makan sajaaa. then kami bergerak berjemaah ke strawberry park. bukan jual strawberry uols. tu hotel. hehek. tangkap2 gambar dlm pukul 1 lebih kami gerak ke ladang boh.

ni part paling best. main hon hon. yelah nak naik ladang boh kan one way dan jalannya sangatlah curang (curam yee) . nasib baik kami pergi time musim tidak cuti sekolah. kalau tak nayaa. selekoh je hon. 6 6 kete nak hon. memang kecoh habis ladang teh haritu. tapi nasib tak baik. sebab boh tutup pada hari isnin. tapi kami buat keputusan nak naik atas lagi. iaitu kawasan strawberry farm. seronok beronok ronok nak naik. ada satu kereta niiiiii kan macam cabai tahu. tak nak mengalah langsung. maka kami 6 buah kereta dan tambah kereta-kereta belakang kami terpaksa mengalah undur.

maka kami tak dpt ke strawberry farm sebab saat itu kabus tebal telah pun muncul. kami lepak berjemaah di kawasan ladang teh yang dingin besama air awan yang baru sampai. ditemani kami kuaci serta makanan ringan. layannnnn. dan tetiba dorang start nyanyi lagu kenangan terindah. meriah ladang tehhh haritu. serius aku tersenyum. indah. masa kabus tebal datang. agak-agak dalam 13 degree. sangat sejuk.

dalam sejam lebih kami kat kawasan ladang teh. dan macam-macam kerenah ada. ada yang terjatuh. ada yang makan daun teh. okay aku dgn waseem dan faiz yg mkn daun teh. hahaha. nak rasa daun teh la katakan. haha. tangkap2 gambar dan kami terpaksa turun sebab kesian sorang kawan kteorg tunggu kat bawah sebab tak sanggup mengalah dan masukkan kereta ke kawasan rendah. jadi kami turun dan berhenti beli sayur sayur dan makan strawberry serta beli jagung untuk bbq pada malam pula. oyeah.

eh tapi kami behenti seketika kat cameron valley. minum teh tarik chocolate plus biskut tiger. haha

teruskan lagi perjalanan kteorg balik ke rumah bersiap untuk bbq. yummeh. jom tengok gambar lah uols. hekhek








1 comment: