Saturday, September 24, 2011

pilihan

sapa kata senang nak buat pilihan? ha? sukar bagi aku. contoh seperti. makan mee nak kena gunakan sudu atau garfu? apa guna sudu garfu plastik? boleh pilih? apa mungkin sudu besi kotor sebab kongsi dan tak dicuci bersih. tapi sudu garfu plastik senang patah. tak syok makan. itu semua pilihan kita. contoh lagi. mak ajak keluar. ayah ajak keluar. boyfren ajak keluar. girlfren ajak keluar. kau kena buat pilihan yang betul apa tersalah langkah ada yang akan terguris hati tecalar jiwa. merana nak memujuk. letih penat segala.

itulah pilihan. dan sekarang aku buat pilihan untuk tidak kedua-dua tempat. kerana bagi aku pilihan tersebut sukar amat untuk aku buat keputusan. mungkin aku dah menyakitkan dua-dua hati kawan. tapi itu yang terbaik kata hati kecil aku. kerana lagi sakit bila tahu aku buat keputusan pilih yang ni dan yang ni. seperti yang sudu garfu. aku akan pilih makan guna tangan. setel. yang keluar besama mak atau ayah atau bf atau gf. aku akan ambik stay kat rumah layan movie.

pilihan memilih. pilih. pemilihan. semua bergantung kat diri kau. aku hanya harap kau faham. tak mintak lebih. terima kasih.

Thursday, September 22, 2011

sem baru dah kan.

dah semester kedua dah kan. next semester dah tahun ketiga. senior kau jah. haha. sekarang aku still ada masalah nak add theory of machine atau gelemer dengan TOM. tapi aku yakin semua akan berjalan lancar. amin amin. aku sem ni dah tak sama kelas dengan Madda, Efi. sedih jugak mulanya. tapi masih boleh jupe kat rumah. jupe lepas kelas. okey lah kan? pastu sem ni kelas banyak sama dgn Alya. hello alya, first time sama kelas kan? hanya kelas TOM lah tak pasti lagi. semoga Dr Hanim pertimbangkan masalah aku. amin.

harap sem baru ini dpt bawa semangat juang yang tinggi dan perubahan yang tinggi. insyaAllah. <3

Efi, Hamim, Faiz dan Qilla. kami ke i-city di jalan Reko. HAHA!.

Sunday, September 18, 2011

si pemerhati.

pandang kiri kanan.
gelagat orang buat tersenyum.
ada kadang dipersoal kenapa.
ada juga mengapa.
kerana gelagat mereka seribu satu.

apa yang diperhati.
adanya boleh kita nilai.
apa elok.
apa tidak.
kerana kita yang memerhati.

kerna kita kita boleh dikata si pemerhati.

Saturday, September 17, 2011

kawan

dikala aku hilang 5 hari itu. aku berada bersama-sama orang-orang siam. ada mereka yang boleh bercakap bahasa melayu. english. ada yang hanya boleh bertutur bahasa ibunda mereka yang sememangnya aku hanya faham sawadikap dan konkunkap. (HAHA!)

apakah kaitan semua itu dengan kawan? kan. makanya pada 5 hari itu. ada seorang ini. wartawan siam. memang dia hanya tahu bahasa ibunda. english hanya tahu pretty. yang common sgt. melayu apatah lagi. tapi dia tidak pernah penat nak becakap dengan aku. nak beborak. walaupun sepatah haram apa dia cakap aku tak faham.

tiap-tiap hari aku jumpa dia. senyum. kadang-kadang dia bagi tahu orang yang reti bahasa melayu untuk translate apa yang nak dia sampaikan. nampak sangat dia nak berkawan walaupun tak reti nak berinteraksi. tapi semangat tu ada. time makan siap letakkan lauk-lauk dalam pinggan aku. hulurkan buah. cara itu buat aku pandang tinggi dengan budaya dan cara mereka. hormat orang yang dtg melawat negara mereka. berusaha untuk berkomunikasi.

*kagum.

dan pada satu hari bibir aku makin teruk. tersangat darah tanpa henti mungkin sebab terlalu panas dan kurang minum air. lalu dia bagi ubat. untuk aku. dia siap pesan kepada orang yang reti bahasa melayu supaya aku sapu ubat. pastu jangan jilat dengan lidah. macam-macam lah. sangat sangat buat aku terharu. kenapa aku terharu. sebab dia buat itu ini walaupun kami tak faham nak bahasa masing-masing.

dah nak bepisah tu dia mintak email dan no telefon aku.

tapi kenapa aku lupa nak mintak dia punya?


nak berkawan. tak mengenal agama. bahasa dan budaya.
senyum dan bersapa cukup.



tak muat nak taruk sume orang. kena guna wide lens nampaknya.

Friday, September 16, 2011

#resultUNITEN

bukan nak bangga nak sedih nak nanges. tapi syukur Alhamdulillah. semua lulus walaupun tak capai target. aku pun dah bagi tahu result kat mama. mama cakap tak apa usaha lagi. sebab tu kita tak dapat apa yang kita nak lagi. usaha kita kurang. jadi kena lebih kan usaha. jangan mengeluh. yang mana jatuh tergolek. aku pernah rasa gagal. bukan sekali berkali. kalau setakat jatuh sedikit jangan nak menyumpah nak bunuh diri. hoi bangun bangun. jangan mengalah dulu.

aku pernah jatuh. pernah FAIL. pernah repeat. lalui saja. mungkin sedikit pahit. tapi kalau usaha. InsyaAllah kita boleh senyum. nah. Allah nak uji kita. sebab dia tahu kita kuat kita tabah nak hadapi semua tu. jangan mengalah.

mungkin ada disini manusia. usaha biasa saja. malah ada yang tak usaha. tapi markah gempak. jangan persoal itu semua. kerana rezeki kita berbeda. mungkin hari ini rezeki dia. apa masa cari kerja itu rezeki kita walaupun markah biasa saja. kita ada agama. ada pedoman. jangan merapu benda bukan bukan.

kalau ada orang nak marah apa aku cakap. datang jumpa aku. tanya apa yang aku jatuh. tanya apa sakit. tanya apa saja.

Kak meah ada nasihat.
jadilah katak hijau yang pekak.
kenapa?
kerana dia tidak pedulikan apa orang kata.
usaha. lalui saja.senyum saja.
katak hijau itu akhirnya senyum dipuncak sana.


Tuesday, September 13, 2011

5 hari aku hilang.

hello. aku tahu ada yang merindui aku terlampau. haha. 5 hari je baru hilang dah rindu kan. haha. dalam 5 hari aku hilang. banyak benda aku belajar, aku kaji, aku nilai, aku hadapi, aku senyum, aku diam, aku gelak, aku lihat. aku aku aku.

banyak.

terima kasih semua yang terlibat.

:)

Thursday, September 8, 2011

kemah keming.

air nyor!

colek.

aku orang Kelantan. ramai orang akan tanya (orang negeri lain la) mana aku lepak. sebab Kelantan tak ada wayang. tak ada mall besar-besar macam di negeri negeri mewah sana. tapi bagi kami anak jati Kelantan. ada saja idea kami nak melepak. jangan risau pasal lepak lah. tempat pilihan kami ialah. Pantai. kau adaaaaaa? ada je kalau orang rumah dia sebelah pantai. LOL. kami pun ada je KBMALL. best je lepak. walaupun huyun hayan bola bowling je. cukup je lepak.

tapi bukan pasal lepak aku nak cerita sebenarnya. pasal minum air kelapa dan makan colek seafood. OH sedap gila. lepak pukul 2 balik kul 5. angin pantai. perggghhh. sedap. borak-borak pulak dengan kawan-kawan yang 24/7 gelak. itulah lepak yang berkualiti babe! tayah nak mall mahal2 lepak minum starbucks. coffee bean segala. ni barang original dari pokok. rm2.50 seBIJIK. colek pulak ikut kau pilih nak makan apa la kan. tetibe aku borak pasal lepak pulak kan.

dah tamat habis. aku akan melancong negara jiran kejap. ayah aku dpt jemputan. aku tumpang dua kaki.

*senggih*

rajin sekarang aku taip macam assignment MASB!


Wednesday, September 7, 2011

jatuh cinta pada kawan rapat.

pagi-pagi online baca timeline kat twitter. tudia. #kenapa single dgn jatuh cinta pada kawan rapat baik atau tidak. eceh. macam persoalan karangan bm pulak. haha.

pertama sekali aku nak huraikan kenapa boleh jatuh cinta pada kawan rapat. (kes ini kawan rapat berbeza jantina yeah? haha) kalau dah satu Universitas. satu kelas. satu lab. satu meja makan. satu meja study. bila masalah cari kawan rapat itu. bila gembira macam bangunan KLCC dia punya pun cari kawan rapat erat tu. jadi macam terlalu kenal. rasa sayang dah ada. kawan rapat erat ketat tu pulak dah tahu nak kawal keadaan. nak buat satu sama lain senyum. makanya. kejatuhan itu senang. kan? (lucky jason mraz)

TAPI.

ada jugak yang tak akan jatuh cinta. bila dua dua kawan rapat erat tu dah ada yang teristimewa (lagu adibah noor) jadi masing-masing setia. kawan rapat hanya kawan rapat kat. macam untuk kongsi cerita pergaduhan dengan awek dan awok.

dua dua ada kemungkinan.

BAIK @ TIDAK jatuh cinta pada kawan erat ketat ni?

ada kebaikan ada keburukan. kebaikan dia. kenal antara satu sama lain. dah faham sangat dah. amarah. ego. keluarga. kawan-kawan. segalalah.bila merajuk dah tahu pujuk. bagi je choki choki campuran susu dgn cokolat. terus tesenggih-senggih macam kuda. lepas tu kalau cemburu salah faham dah tahu nak terangkan. nak selesaikan. macam tunggu akad nikah saja lah kan?.

keburukan dia. bila mula berperasaan macam saya cinta awak. awak cinta saya. (HAHA!) mula lah. persahabatan yang terbaik selama ini bertukar menjadi monster. kena tunggu ultraman dtg bantu. jadi lah cepat nak terasa rasa. bila teman rapat erat ketat ni terapat sedikit dengan kawan-kawan yang lain. haihh mula la. masam muka. tengok pakai bontot. haa. lagi bila dah gaduh satu group sebelum ni rapat ketat erat jugak bertukar. tukar jadi serigala. ngaummm ngarrrr grrr. growwwhaa. macam-macam lagi. mula la block block kat FB. unfollow kat twitter. HAHA. (tak matang!)

ini semua hanya pendapat aku.
kalau tak boleh terima jangan la marah.
chill dah raya raya ni. :D

Tuesday, September 6, 2011

raya raya. aku pun raya ouh!

my beloved family. saya mana? tukang menyenap gambo. haha.
SELAMAT HARI RAYA!!

rombongan raya dah sampai. meriah!

anak buah sulung. Nur Adriana Hamizah. sangat-sangat nakal. haha.

sebab aku tak ada. aku edit bagi mereka warna hitam. HAHA.

doctor gigi import dari Mesir yang pandai buat kek keju. hehe.

budak budak ramai. tapi muaz je layan aku nak tangkap gambar. nak kiss from kak nomi.
muahhh.

oyeah. senyum nampak doctor. hekhek

makan jangan tak makan. ngeh ngeh.

bbq raya bersama keluarga!


comelkan ayah dan adriana? pinky!

kereta dan cucu kesayangan ayah. hehe

rombongan raya besama cik kiah kiah lagi. haha