Thursday, March 31, 2011

masih mencari

aku mencari.
tapi masih belum ketemui.
aku masih mencari.

mencari.
mungkin, aku perlu mencari diri aku sendiri?

rumit.
nak orang faham.
susah.
nak orang ikut.


masih mencari.
mungkin petanda itu benar.
mungkin bukan aku sahaja mencari?
tapi aku tak suka mungkin.

masih mencari.

Tuesday, March 29, 2011






kalau itu kata keramat bagi kau.
salah, itu kata maut bagi aku.

haha.

Monday, March 28, 2011

...

saat kau bersenda,
kau tak nampak semua itu.
keramat. kau ingat itu kelakar.
kau gelak.

saat aku berketawa,
kau diam.
kau anggap itu kasar.

sesungguhnya.
ingat saat kau bikin orang.
manusia punya akal.

dan selalu.
perasaan yang diutamakan.
perasaan yang kau turutkan.
sehingga renggang..

ahh aku pun sama. perasaan.
perasaan.

nak pms kot.

Sunday, March 27, 2011

amboi hot sangat ke belon tu ?

macam malas nak beceloteh panjang. jom ah kte tgk hot ke tak belon tu tau!











pe cer? hot tak belon tu? haha. al kisah. aku, dua ketul cozen aku. kekda and kekwan bgn pagi-pagi semangat meninggi yaww. nak g tgk hot air ballon yaww. pergi2 nak g tang doremon. pokok dan etc. tetibe en., dia bungkus doremon dan kawan-kawan. aku dah pelik. adakah belon doremon tu pecah? adakah???? HAHAHA.

ghupa ghupanyaaa. waktu rehat. PFFFFFTTTTTTT. kan? haahaa.

by the way, thanks to both my beloved cousin sudi bawa saya jalan-jalan sebelum final. hakahak. (sekarang satu paper je lagi.) DOAKAN YANG TERBAIK TAU!

tak sabar nak balik kelantan. NOKTAH!

okey bye!

Saturday, March 26, 2011

dengan cara ini. hubungan kita dengan kakak finance makin akrab.

bangun bangun pagi. nak online kan. tetibe meter bebunyi. adoyai. rasanya minggu lepas baru topup kak oiiii. muka mamai2 pergi la cek meter en. HOMAIIIII. 00000000.70? 70sen? mak aiiiii. kena pergi topup ni hoiiii. begitu kisah diaaaaaa.


tadaaaaaa. meter kesayangan kami semuaaaaaaaaaaaa.
nampak tak logo uniten? cun en? hakhakhak

dah tadi cek meter 70sen. bek topup jap ag.
nak update blog pun tak boleh. haha. kang mandi dalam gelap.
cuakkk. cuaak.

minimum nak topup RM20 okey? topup RM3 ada tak? ala macam celcom maxis happy digi.
takdeee okey takdeeee.

haa tgk la nak cukupkan RM2O. korek habes tabung tabung bentuk katak. gajah sume.

yeahhh. da bayar meter.
nak topup tu. akak akan tanya. nak topup berapa?
RM20. pastu aku tanya la. kalau topup RM10 bole ke kak.
tak boleh dik. minimum RM2O.
(aku da tau sebenarnya. kaata nak merapatkan hubungan. kena la bertegur saapaa kan.) pffttt.



jadi jom kita topup.
aku teruja nak topup. selalunya housemate aku buat.
kali ni aku buat. yeahh yeahh.

ada cara-cara dia tau.
cara dia lain sedikit je dari korang topup handphone gores2 tu.
tp dia apply benda sama. HAHA
tapi malas nak type cara meter. HAHAHA.


sumber gambar : handphone tercinta.
happy reading yaww.

pastu satu ag aku nak cte. kalau kte cam tetibe kearah admin en.
nanti terserempak ngan kawan-kawan en.
weh mim, mana?
errr. bayorr meter jap.
konfem, konfem
diorang gelak besar.

HAHAHAHAHAHAHAHAHAHA!


Friday, March 25, 2011

shasha (holah holah)



NURHAMIM AHAMAD (yelah yelah)

kau dah deactivate fesbuk yea? :D
yelah yelah
bagus laah
focus final
yelah yelah
aku rindu kau lahh
:D
tapi takde lah rindu sangat
jumpa je jugak
rumah tengok seberang tingkap je
haha
tapi untuk kau
aku kesiankan kau


yelah yelah
aku buat satu post


yelah
aku rindu kau laah
wahai nurhamim ahamad yang tak berapa nak betul. :D
btw, kucing bawah ni macam kau kan? :D



nak tengok blog beliau??
klik ninja hamimo
gambar2 yg dia tangkap lawa taauu? dia ada canon ball dslr. :D




disebabkan blog dak EZZATUL AISYAH private.
dengan semangatnya aku copy paste nak bg sume org baca.
hahaha.

dan kucing tu sangat macam dia kannn?
:P
HAHAHA


Thursday, March 24, 2011

ayahanda beta, kekasih beta.

mata tua yang memandang aku itu--
bundar
pudar

dia tak mahu bilang apa yang mencengkam jiwa usangnya
“biar”
katanya, “biar”.

wahai ayahanda
berhentilah walau sebentar
dan renungkan mataku yang melaut
khabarkan yang jujur dan ujar
apa menyerabut?

wahai ayahanda
bercukuplah menggagah tulang rapuhmu
akukan lemahmu
perikan penatmu
kisahkan jerihmu
aku mahu tahu

mata tua yang bagai ada sakti dewa-dewi itu--
harum
senyum

dipukaukan aku nan terus terpana dan terlupakan
“biar”
katanya lagi, “biar”

wahai ayahanda
bisikkanlah walau sekali
izinkan aku menumpangkan bahu
berikan aku seperca dari beban kamu

wahai ayahanda
lihatkanlah aku
berlari kini
melompat tinggi
setiapnya kerna kau tak pernah pergi

ah, apa masih ingat lagi
aku suka lari-lari?
kau bagaikan tak peduli
ku biar kau patah hati

ah, apa masih tidak lupa
tengking jerit sama-sama?
makan tak mahu semeja
sahabat lebih berharga

ah, apa mampu kau sudikan
ampun maaf ku sujudkan?
bisa tidak kau teruskan
ku sesat kau tunjuk jalan?

ah, apa layak aku bagi?
tak terbalas sampai mati
kau sungguh yang paling tinggi
istanamu syurga nanti


lelaki inilah jantung aku.

biar by fynn jamal.
gugur air mata bila hayati sambil muka ayah diingati.

semoga ayah cepat sembuh.
ayahkan kuat!
ayahkan badang!
ayahkan iron chef!

imissyou ayah.
:'")

Wednesday, March 23, 2011

Differential Equations.

tajuk tu adalah subject aku ambik sem ni. fuhhhh, fuhhh. tu bukan mengeluh nafas lega. sama sekali bukan. menjawab DE bagaikan nak dipinang orang. nervous. takut. dengan dewan yang time biasa tu tak sejuk. jawab DE je bagai dekat kutub utara. masa 2jam setengah. bagaikan 15minit.

sekarang aku beserah kepada Allah. tawakal.


study DE sambil layan lagu-lagu. tadi tengah jawab exam teringat jugak dekat lagu aku dengar. haha.

setelah kita usaha InsyaAllah.
kita dapat hasilnya.
:)

get well soon ayah.
i miss you so much ayah.
take care.
I HEART YOU AYAH SO DAMN MUCH!


Sunday, March 20, 2011

kenang daku dalam doamu

esok bermulalah perjuangan anak anak Uniten di medan perang. mintak semua Doakan kami selamat segalanya. kami akan buat yang TERbaik!


setelah habis guru menurunkan segala ilmu di dada.
setelah senjata senjata tajam diasah.
setelah latihan demi latihan dicuba.
setelah tidur diabaikan.
setelah makan minum tak terjaga.
esok kemuncak segalanya.

dengan ini aku nak mintak maaf sekali lagi. zero zero. mintak halalkan segalanya. mintak jangan disimpan didada. kepada yang mengajar aku. halalkan segala ilmu. thanks for everything. semoga Allah permudahkan urusan kita! ALL THE BEST!


Ya Allah.
Permudahkan segala urusan kami.
amin.

Monday, March 14, 2011

tolong baca semua orang.

tanggal 21 Mac 2011. aku bakal menduduki peperiksaan akhir untuk sem 2. jadi aku mohon duapuluh jari tangan dan kaki mohon maaf atas segala kesalahan. kengumpatan. kemengataan. kegossipan. kesakitan hati. keterasaan hati. mohon mohon mohon maaf. kalau masih lagi terasa. ayuh. jupe aku. terangkan segalan terasa sakit guris luka atas pebuatan. mulut. gaya dan sewaktu dengannya. tolong aku mohon. jangan biarkan semua ini membelenggu aku dikala aku dimedan perang. nanti aku gelisah gelabah. minta sangat ye.

kepada semua rakan rakan yang bakal berperang aku ucapkan selamat maju jaya. ayuh kita berjuang hingga titisan darah terakhir. ayuh! terutamanya worang worang kampung tersayang. cikgu yang dikasihi jugak. untuk jejaka idaman jugak. HAHA. dan warga warga uniten yang lain. semoga kita dapat menjawab segala persoalan yang lecturer terhebat bagi. jangan pernah tinggal kosong.

selamat maju dan terus maju untuk diri sendiri jugak! buktikan kau ninja yang tak mudah tewas mimo! buktikan!

Ya Allah, permudahkanlah segala urusan kami. tenangkanlah hati kami semasa berhadapan dengan apa apa dugaan sekali pun. kuatkanlah kami Ya Allah. Lindungilah kami dari apa apa bencana sekali pun. Amin amin. amin.


Sunday, March 13, 2011

sorry.


maaf.
mungkin gurauan tadi terlalu.
aku mengaku salah aku.
bertindak melulu.
bergurau tanpa fikirkan perasaan mu.

maaf.
ayat ayat tadi tak ada maksud sama sekali.
tak ada maksud menyakitkan hati.
tak ada maksud nak perli.
aku pohon duapuluh jari tangan dan kaki.
maafkan aku.

imy

Saturday, March 12, 2011

serius dia kuat.

kau kuat.
sangat kuat bagai sang naga bergigi dua.
kau boleh hadapi semua tu.
mungkin kau pernah mengalah.
tapi kau tabahkan hati demi dia bernama ibu.
mungkin kau pernah berputus harapan.
tapi kau harungi demi masa depan.
kau kuat.
pernah orang pijak kepala kau.
kerana kebaikan kau.
tapi kau senyum
kau biarkan. kau pernah mengeluh.
bercerita kat orang bernama kawan.
tapi tidak dilayan.
tak ape. kau diam.
kau masih harungi semua itu.
kau seorang yang kuat.

aku stalk kau.
aku baru jupe blog kau.
tadi aku baca satu post.
sedih sangat weh. kau kuat!

final just around the corner.
do pray for my success silent readers.
winkwink.
imy!


Thursday, March 10, 2011

risau. bila fikir fikir. sampai terbawa mimpi malam. sampai menangis sorang sorang. inilah kehidupan. inilah kepahitan. inilah dugaan. kuatkah aku nak hadapi? sabarkah aku nak harungi? mampukah aku bersendiri?

-diam-

Ya Allah. kuatkan aku.

Wednesday, March 9, 2011

i miss her.

ucu rindu sangat kat dak kecik ni.
nanti jupe mesti nanges ni kan?
sebab dah dekat bebulan bulan bulan tak jupeeeeeee.
mesti cam blur sape ni dtg sape. ececeh.
insyaAllah ahad ni ke. sabtu ke.
kita jupe ye adriana.



Monday, March 7, 2011

lepaskan rindu. :)


hehe. ni dia Naddia. aritu dia dtg ambik aku kat uniteng. teharu babe.
nasib wa tak nanges golek-golek. haha.



cu teka cu teka. kami g makan kat mana? haha.
steamboat antarabangsa kat bangi. best yaww. RM22 sekepala kaki tangan!
eat all you can babeyh! pembaziran 100g RM10.
jadi jangan membazir. :)


aha ni tyra. roomate naddia kat Uitm SI. dia malu2 lak kte nak tangkap gambar dia. haha.
nice to know you tyra. nanti dtg bangi lagi yawww.
heee.

pilih jangan tak pilih. haa kak tangkap gmbr kak tangkap!
haha



makanan hamim. ishh skit gler en makan? pastu ada sayur sume. bagus.
bagus. HAHAHA. awal2 makan skit je. malu ngan naddia dan tyra.
jap ag tunjuk belang. takut sume. haha

siput yang belum di masak. ditelan hidup-hidup oleh naddia.
gempak en?
biasaaa laaaa tuhh.


ahaa. ni chef hamim yang masak. daging ayam kambing dan lembu.
masak kne penuh kasih sayang. baru sedap yawww.
haha

tyra jadi hakim merasai makanan chef hamim masak. hahaha.
sedap kan? boleh masuk masterchef. haha


last but not least. thanks eh naddia. so sweet of you la dtg uniten ambik kte. haha.
take care naa kat seri iskandar.
haha.

byk lagi benda cek nak update.
tapi da nak final.
so ayuh lah berjuang hingga titisan terakhir.
heeee.

Sunday, March 6, 2011

adakah zozo akan jadi zoz

tajuk ni mesti buat Madda tacing. olololo.
(aku tau kau baca belog aku pastu gelak kan. haha)

semalam kami dah berbuat jadual utk sem depan. dgn sedihnya. aku lain skit dgn yus dan lis, madda pulak lain terus tapi ada sama kelas ngan fareha. tape tape jgn besedih. kalau kelas still full kte buat surat rayu-rayu kat lecturer yang kte nak tu. golek golek nanges nanges. nanti mesti dia kasik. *gler drama* haha.

yang stail kelas aku sume kul 10 start. nanti aku mesti cam blur2 g kelas. haha. sebab aku suka kelas kul 8. hahaha :P


bertujuh orang dalam kereta yus. stailkan?

zozo takkan pernah jadi zoz la.
haha.
*gambaq dicuri dari belog sesumpah*

i heart you guys much!


Friday, March 4, 2011

kerenah budak budak kampung!


ni lah warni warni kehidupan budak budak kampung! macam macam warna ada.
best!
i love you guys!
rockssstarrr!


reflection. ni cahaya matahari time pukul 10.30 pg.
kte suka tau gambar ni.


ni geng budak mechy yang awesome okey!!
gossip girl yawww.
zozo!
haha


love atau roxy? pikiaq la sendiriq. haha

lisma dan faiz.
kami suka merepek pasal Cafe. HAHA.


photoG tuuu. woootwooot.
QUQU Q! haha


ahaa. kata budak engineering en? mmg la serabut mejaa. wire-wire tu lah penyeri meja kami.
err meja noni je kot!
hahaa


geng selipar!
dont mess up with us pleasee!
haha


geng2 motor jugak! style en?
jangan pernah tutup pagar bila nampak kami.
kalau tak kepala guard jadi bola!
haha *merepek*


aktiviti masa lapang.
bagi ikan makan kaki.
style kan?


penutup!! haha

maaflah gambar kualiti tak best sgt.
guna kamera fon yang 2megapixel je kot.
ouh maaf jugak kalau gambar bebudak kampung len tade.
da korang takde lam camera fon i. haha.

enjoy!
zozo tanak xoxo.

Gyration

Kau,
kau yang buat aku ketawa,
kau yang buat aku gembira,
kau yang buat aku bahagia,
kau yang buat aku suka kau,
kau buat aku Sayang kau.

Kau,
kau ajar aku kehidupan,
kau ajar aku kepahitan,
kau ajar aku kesengsaraan,
kau ajar aku,
ajar aku tentang semua.

Kau,
saat kau pergi,
dunia sudah tak bererti lagi,
aku hanya mampu menangisi,
hidup aku bagai mati.
mati.

-hamim-

(tercipta puisi??? err.
tercipta Gyration ni time kelas statics.
otak tak focus.
lalu aku ciptalah ini.
nah Madda. baca! HAHA.

kau itu kau. :)

Tuesday, March 1, 2011

Jangan Bersedih sesungguhnya Allah sentiasa bersama kita




tekan sini dan hayatilah.



" Bersyukur kadang kala lebih tinggi makamnya dari sabar "

tgk video ni kat afdal punya page.
sangat mendalam.
:')

I LOVE YOU ALLAH!