Saturday, December 31, 2011

penangan final.



jgn tengok aku. tgk si jejaka jejaka yang tekun mentelaah. boleh la pilih buat calon suami uolss. haha

besama si madda. yeayy next sem satu kelas balik. btw, tepi aku yang baju putih tu. serius gempak gilaaaa. mmg geniusss. semua benda dia tahuuu. cayaaaaalahh.

ni penangan study NUMEC kat rumah. tengok kawan kita tgh guna dua calculator uolss.
mana-mana orang ada rasa course dorang tak guna calculator bak siniii laahhh. kami sangat mengalukan calculator2 dari pihak anda. haha

ni rumah ke tonggg sampahhh. tengok mulut aku tonggg sampahhh. seeemakkk. hahaha. (sketsaa jap)
keadaan rumah saat final. korang adaaaaa?
hampir berbelas orang lepak study kat umah aku study reramai. meriah dan berkualiti.


pagi 31.12.2011 saat kami semua bakal menduduki peperiksaan akhir NUMEC.
alhamdulillah semua okay. just sentap bila mintak LU 2 kali.
hoooooiiii. serius nak bersketsa tgk soalan tadi. ahaha


selepas exam numec lepak di taman warisan. ni geng-geng batch kami yang AWESOME.

bakal-bakal engineer masa depan. InsyaAllah. :))

Thursday, December 29, 2011

schedule

29.12.2011 - Theory Of Machine (TOM)
31.12.2011-Numercial Methods for Engineers (NUMEC)
4.1.2012 - Mechanics Of Fluids (MOF)
5.1.2012 - Mechanics Of Materials (MOM)
6.1.2012- Manufacturing Process (MANUFAC)

8.1.2012- ngeeehhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh

doakan saya tau kawan-kawan.

Ya Allah Permudahkanlah segala urusan hamim. semoga hamim jawab exam dengan tenang dan lancar. amin.


Wednesday, December 28, 2011

suatu saat dulu.

aku tak tipu.
pasal perasaan.
aku pernah rindu.

tapi tidak lagi sekarang.

selamat maju jaya.

Tuesday, December 27, 2011

apa anda buat pada penghujung tahun 2011?

bila nak final ke. nak test ke. nak siapkan project ke. kerajinan update blog sangat memberangsangkan. kagum lelaju uols. haha

pada 31 Disember 2011. aku bakal akhiri tahun 2011 dengan menjawab peperiksaan Numerical Methods For Engineers. subject yang kena buat project mega tetaskan telur. jawab exam guna 3 calculator. haa. gittew uols.


ni pulak kena jawab sebelum final. korang nak try. try lah tau? chayok2.
yang mana dpt soalan sama dgn aku jgn buat.
mintak je jawapan dgn aku. ngehhh. haha


aku orang ke seratus lima okay? sangat tak membanggakan okay kedudukan itu.
haha. tapi tu ikut kelajuan kita jawab computerized ni.
orang lain dah jawab minggu lepas.
aku nak final baru nak jawab. ngehhh.

nampak tak 3 calculator? haa. tu bukan tipu okay.
aku kira dan kira. tummtapp. salahhhh. sedih.
setelah meminta bantuan housemate aku yg asyik dpt seratus dlm setiap test.
jeng jeng. dia dpt jawapan sama dgn aku.
conclusion dia. jawapan lecturer aku salah. hekhek

semua tengah high buat NUMEC!
berebut-rebut calculator.

kalau doctor tak boleh hidup tanpa stetoskop.
engineer tak boleh hidup tanpa calculator.
ahli kimia tak boleh hidup tanpa bahan kimia?
tak gittew?

hekhek. byeee.

Sunday, December 25, 2011

for you.

Second chance is not meant for the same mistake to be repeated for the second time.
Same with third chance, and forth.

-quotes by lidah-

Saturday, December 24, 2011

i really miss to shoot sunset, sunrise and moon. seriously miss my hobby.
photography.

muka dan keadaan saat final senyum sinis takkala study belum habis.
umwaaa.

friends forever. :)


exams

hello, Assalamualaikum.

well, next week aku dah start final exam utk sem ni. cepat kan? yes.

makanya disini saya memohon sepuluh jari tangan kaki memohon ampun kepada semua saudara dan saudari. doakan kami semua pelajar UNITEN dapat menjawab soalan dengan tenang dan betul. doakan kami juga diberkati dirahmati dan dimurahkan rezeki. amin amin.

dan all the best untuk semua terutamanya housemate tercinta, noni dan mira. jiran jiran yang dikasihi madda,qilla,reha dan tiah. serta umh no 8 tingkat 3 yang disayangi, reen, nisa dan kak rozi. tak lupa juga kepada block sebelah iaitu lisma dan yus. kepada alyaa juga yang sepanjang sem ni melayan kerenah hamimo. dan kepada semua pelajar uniten lain.

good luck.

Ya Allah, permudahkanlah peperiksaan akhir kami dan tenangkanlah hati kami ketika menjawab soalan-soalan berikut. kuatkanlah daya ingatan kami. semoga ketika menjawab exam tidak kami lupa.
amin amin.

Sunday, December 18, 2011

kehidupan kita berbeda.

aku tersentap jugak dengan apa kau taip. walaupun mmg bukan untuk aku. tapi apa kau tulis menampakkan kau bodoh. jadi bertindak guna akal bukan emosi. titik.

meh sini nak ceritakan perbezaan kehidupan kita. tapi pertama sekali aku nak cakap, aku bukan berbangga, aku bukan juga nak berlaggak atau nak agung-agungkan kehidupan aku ini.

kami pelajar perempuan engineering. selama 4 tahun memang tak lari dari lelaki. kelas kami, dalam satu kelas mmg jangan terkejut kalau kau sorang sahaja perempuan. dan utk menyiapkan project-project. assignment itu normal kalau kau seorang sahaja perempuan. kalau lepak kau sorang jugak perempuan. sebab itu kehidupan kami.

tapi bila orang-orang yang tak faham suka salahkan kami kaum hawa. contoh ekeleh, stock keluar dgn lelaki je. come on babe. lu datang duduk sini kasik seminggu lu paham. noktah. wa malas nak ulas panjang. lu tu babe jangan laju sgt nak buat conclusion kalau experiment lu pun tak abis lagi. discussion tak buat lagi. result tak ada lagi. lu gelabah bhai. lu loser bhai. lu silap masuk kandang bhai.

kita bebeda. kau ambik perbankan. kau ambik account. kau ambik ekonomi. kehidupan kau dengan perempuan. kita bebeza. kau nampak macam ketagih lelaki dowhhh. kesian. kau panggil member-member aku bitch? kau judge hidup diorang tapi kau sendiri tak pernah lalui? kau sapa cakap kat orang jangan judge kau. tapi kau hukum orang macam kau tuhan? kau siap cakap dia lapar nak berkasih. kau? ouh. kau kesian.

Y U NO TAKE ENGINEERING COURSE AND GET KNOW OUR LIFE? AND MAKE YOUR VALID CONCLUSION? Y U NO DO THAT?

Friday, December 16, 2011

Jong Kook?

korang semua kenal tak Jong Kook? ala yg dlm running man tuuu. ke tak tgk running man? tak tengok? ouhhhh rugi. 140% rugi. haha.

meet Mr Jong Kook versi Uniten.



i dah upload setelah janji dengan you.
haha.

okay bye.



Monday, December 12, 2011

nak cari hobby baru. boleh?



team aku. zaman lepas spm. muka aku hitam ke merah ke hijau ke blue black. aku pun tak tahu. tapi dulu aktif gila futsal. dan sgt aktif lah bowling ke.

sekaranggggg? tak ada langsung aktiviti keluarkan peluh lemak lemak. haiyoooooooo. ini macam sgt susahhh looooh. pape pun sumpah aku rindu zaman lepas spm. pg bangun siap2 g belajar kereta. tengahari balik. petang futsal. dah lah gerak dengan geng2 yang lesen pun takde lg. kalau tak naik basikal ramai-ramai.

time ni kenal member2 dari semua pelusuk kelantan aku rasa. yg gambar 1st tu, yg budak tengah tu budak gua musang kalau aku tak silap. dia turun padang nak main futsal. then ada budak tumpat. budak kb. budak pc. sumpah terbaikkkkkkkk. wey rindu sep mu. :')

Friday, December 9, 2011

aku biarkan ia tanpa sebarang tajuk.

9 DEC 2011

jam berdetik. 3.28 a.m.
ini waktu tidur. rehat otak badan dan minda.
aku masih bergoogle.
berfacebook. bertwitter.

satu kata-kata untuk aku ingatkan pada semua.

" dalam kumpulan, komitmen setiap ahli adalah pemangkin keutuhan. kekuatan dan kejayaan satu kumpulan. "


sila setuju kalau benar.
sila bantah kalau salah.

yang benar
ninja.

Thursday, December 1, 2011

saat dikelas TOM.



bila saja ke kelas lambat 15 minit dan duduk belakang sekali sebelah jejaka jejaka yang lambat ke kelas jugak. dlm kelas TOM. hanya saya seorang perempuan melayu. dan jumlah perempuan kelas itu 4 orang.

al-kisah. seorang kawan aku, Lan baru saja lepas pembedahan keluarkan besi di dada kerana ada beberapa sebab. dan lagi seorang kawan aku Imam tangan dia juga turut berbesi. maka konklusi yang boleh dibuat. mereka adalah iron man. HAHA!

saat Lan menceritakan kesakitan itu. lutut aku pasti rasa goyah. macam getar lutut orang cakap. macam ngiluuu jugak la. jadi aku cerita dekat Uzair teman sekelas yg duduk sebelah aku. dan aku cakap kat dia sebab itu aku tak jadi DOCTOR! HAHAHAHA.

berlagakkan. bio pun dapat C. ada hati nak jadi DOCTOR? NGAHAHA.

sekian.

* TOM : THEORY OF MACHINE.
mesti korang ingat tom and jerry kan? tahuu dah.

perhiasan sahaja. macam aku seorang saja gadis melayu dalam kelas. HAHA



Tuesday, November 22, 2011

HARIMAU MALAYA!

aku dengan setia ketepikan segala kerja yang separuh nazak. sepatutnya siapkan semalam. dek kerana HarimauMuda yang bakal makan jilat garuda aku sanggup. sanggup sorok segala tugasan yang seperti sangat penting. tapi semangat Malaysia lagi tinggi bagi aku.

balik kelas pukul 7.30 tanpa aku mandi. aku lepak depan tv seperti nak masuk tv. aku berdiri depan housemate aku yang sedang tungkus lumus siapkan project. aku berdiri bangga nyanyikan lagu NEGARAKU! aku bedebar kalah nak akad nikah (tak pernah pun rasa debaran menikah. tett) .

5 minit pertama indon dah goal. jantung makin laju dan laju. minit ke 30 ++ HARIMAU MUDA goal! aku semangat bekobar-kobar. setiap kali tak puas hati aku update twitter kejap. aku tgk dengan penuh emosi sentap wanita segala.

sampailah penentuan terakhir. Penalty. aku serius nervous. kami siap berdoa. siap bertawakal. time fakri sepak aku pun fikir positif walaupun dia mematahkan sedikit semangat Malaysia. dan akhirnya segala milik MALAYSIA! satu rumah jerit bangga. bahagia. senyum saja. riang ria. segala punya Malaysia.

aku paling bangga bila status twitter facebook semua pasal Malaysia. pasal bola. tak kira india. melayu. cina. semua perkatakan pasal Malaysia. disitu nampak sangat 1 MALAYSIA. aku bangga.

mereka hero MALAYSIA yang akan dibanggakan.

TAHNIAH MALAYSIA!

Friday, November 18, 2011

Projek juta-juta. mahu hidup mewah?


hello,

Projek juta-juta. mengalah kan dato,menteri. senyum saja pada projek ini. hati riang menari nari. ecehwah. siapa yang rasa nak bagi kerjasama projek juta juta ni. boleh bagi nama dan id yeah kat saya. tak kira dari Universiti mana pun. peluang ini hanya sekali untuk kemewahan bersama. HAHA!

Projek-projek yang kami sediakan.

1. Project Theory of Machine. (TOM)


cuba teka apa? menarik kan? ngeh.

ini baru yang origina. yang kami modified belum siap lagi. jadi ayuh lah bagi tangan jari untuk kami selesaikan projek ini. haha

2. Project Numerical Method (NUMEC)


untuk segala jenis telur. HAHA

Incubator. bukan yang bayi punya. yang ayam/itik/burung punya. makanya. doctor-doctor haiwan sangat memerlukan engineer yang belajar NUMEC untuk buat incubator itu. #sebenarnya. aku tak dapat lagi kaitan numec dgn Incubator. HAHA.

3. Project Manufacturing Process.

tengok. cantik kan? makanya kami nak pergi tgk.
guna fine surface ke. rough ke. carbide ke. high volume ke. eceh.

Aku satu group dgn didi dan kapeng dan errr lupa nama yg sorang lagi. haha. #terukbetul aku ni. haha. kami semua becadang nak pergi Royal Selangor untuk site visit pasal manufacturing lah. haha.

4. Project santai bersama Shutters UNITEN.


ONE SNAP : iaitu pertandingan Photography. temanya ialah Street Photography. apa lagi jom lah tunjuk bakat.

5. Project MOM dan Fluids

iaitu QUIZ setiap minggu. kau ada?

semua di atas merupakan PROJEK JUTA-JUTA. jadi pada siapa yang nak menyertai. dan nak hidup mewah. bagi nama dekat saya. Terima Kasih. :) salam satu Malaysia.



Wednesday, November 16, 2011

Presiden

semalam. mood aku sangat tak berapa okey. tapi sebab ada dua tiga orang yang sudi ceriakan aku. dan aku boleh senyum. senyum. lupakan seketika duka hati. lalu aku berfikir dan fikir.

kakak aku pernah cakap. ayah tak kisah orang cakap apa pun pasal dia. sebab tu ayah mampu sandang jawatan Presiden. sebab tu ayah boleh buat program besar-besar. walaupun kadang-kadang benda tu membebankan dia sendiri. sebab dia tak pernah merungut. kisah. ayah sangat kuat. ayah boleh jadi ketua untuk rombongan lawatan dari Thailand. walaupun ayah tak tahu langsung bahasa Thai. ayah boleh je uruskan mereka. sebab ayah lakukan semua itu dengan ikhlas dan rasa bertanggungjawab.

tanggungjawab ni semua dari Allah. lakukan semua itu dengan ikhlas. nanti senyuman yang puas akan dapat. percayalah.

kenapa aku perlu cari orang lain untuk jadikan contoh?

aku ada seorang ayah yang memang contoh paling hebat. paling bermakna untuk aku jadi ketua. tak perlu perihalkan orang burukkan aku. tak perlu. tak perlu kisah sakit hati kecil aku. bandingkan dengan konsep ayah aku tunjukkan.

Ayah you're my world. heart you ayah.

Sunday, November 13, 2011

kalau ini.

kalau ini situasi.
sentiasa buat aku senyum.
teruskan.
jangan pernah berhenti.
buat aku senyum.

hati.
senang?

tapi ada objektif utama yang masih belum langsai.
harus aku kejar itu.
sukar mana pun.

kerana aku.
sudah separuh jalan.
tak ada kata aku nak turun diam.
tak mudah itu.

ye. tak mudah. akan aku daki.
walau aku patah kaki.
walau aku buta nanti.
kerana aku yakin.
yakin pada Mu- Allah.


Saturday, November 12, 2011

baca lah.

Sebelas benda pasal kittew.
1. Suka bulan. sangat!
2. Anak bongsu yang cool. tak manja! haha
3. Pelajar UNITENG! generate .......
5. Ambik mechanical.(jgn ambik. tak best sangat pun. boleh jiwa kacau bila 3 test seminggu!!)
6. Suka makan kewtewgoreng + ayam goreng crispy.
7. Obses bila tgk video matluthfi90. boleh ulang sampai lebam. selagi tak lebam ulanglah sampai lembam.
8. Kalau stress bibir jadi teruk kalah heavy smoker.
9. Selalu fikir kenapa rupa mak atasinchi pelik. NGAHAHA.
10.Saya caring terhadap orang yang saya sayang. awww aww.
11. Tengah bercinta! HAHAHAHA.

nah jawapan ujian pertengahan tahun miss @euww_atie. <3


1.Which one comes first money or love? And why?
sinta! ngahaha. sebab you can buy the bed but you cant buy sleep.
hang p terjemah. pastu pikiaq lah apa maksud dia dengan duit dan cinta. NAAAHHHH.
haha

2. Come clean or backtalking?
dua dua kot. tapi selalu come dirty je. NAAAAHHH. HAHA

3. Which part of Malaysia do you come from?
Bangladesh. HAHA. ambo mek Klate weh!

4. Which one is better? Kari or dhal?
sambal merah. saya suka PEDAS! hahahaha.
kari + dhal = terbaik!


5. Fullname please.HAHA
Watashi wa namae Nurhamim Ahamad desu ka.
perghhh.

6. Introvert or extrovert one?
Extrovert. 80% haha.

7. Kalau gigi patah you simpan mana?
Bank Rakyat AR-Rahnu. tempat orang simpan emas berlian.
HAHAHA. (soalan ni nak perli i sebab i tgh sakit gg apa??)


8. Define yourself in five words
C.O.M.E.L

9. What is your greatest asset?
EYES! sebab tu DSLR ORIGINAL BABE!
haha

10. If suddenly you are imagining one type of ghost which one usually pop out haunting you?
hantu kopek lanjut! HAHAHA


11. Hugs or kisses?
KISSES lah. sebab selalu sangat dah dpt HUGS ni. HAHAHA.
kbye!

orang saya nak tag.
1.Fatin Liyana.
2.Hanis Zalikha.
3.Blog Serius.
4.Jamban Comel.
5.Inianwarhadi

dah. (mereka confem tak akan tahu saya tag mereka!!!) yeahaa.

soalan pun saya tak nak buat!

okey bye! rule rule sayaa tak guna. maaf maaf.


Friday, November 11, 2011

sahabat.

mahu saja aku tulis puisi mengenai mu.
untuk mu sahabat. untuk kuatkan semangat mu.
tapi aku tak kuat untuk lakarkan.
kerana aku khuatiri akan terguris hati dan jiwa mu.

namun aku tahu. kau kuat. sangat.

sahabat. :)

Wednesday, November 9, 2011

saya comel. bye.




hai. saya suka bergambar. saya suka makan nasi juga. saya lagi suka minum susu. haha. bye. dan saya comel kan? macam Uchuu saya. haha.


saya suka sangat gambar pertama.(walaupun out of focus)
moment kann kann.
sebab saya fall in love dgn sorang kakak ni,
dia suka tangkap moment.
<3 A-R! hehe.

Saturday, November 5, 2011

Saturday, October 29, 2011

Happy Birthday to me myself and i.










p/s: gambar buat nampak moment terindah aku pada 11.10.2011. terima kasih semua. semoga Allah berkati hidup kita semua. amin. :)

kata-kata sayang bukan susah untuk aku luahkan bila aku mula sayang. i love you guys much. kawan sahabat teman selamanya ku pohon. :)

terima kasih juga kepada yang wish thru FB msg or call. thank you. ingat juga kepada aku yeah?

Tuesday, October 25, 2011

gua update sebab dah lama tak update. jadi update lah kan.

apa khabar semua? nak tanya boleh kan? hehe

kenapa perlu eja "baek" sebaliknya "baik" ? kenapa ya? "naek" perkataan sebenar "naik" ? aku boleh terima nape? walaupun perkataan sebenar kenapa. sebab msg or twitter limit perkataan. tapi e dan i? errr. aku bukan nak cakap aku hebat berbahasa. aku betul segala. tapi kenapa perlu tukar i ke e? aku tak nampak sebab. lagi satu. "aqu" dan "aku" kenapa tidak guna sahaja itu "aku" dari kau guna "aqu".

antara feedback yang aku dapat bila tanya soalan ni.
- adalah tu sebab dia kan.
-dia nak nampak comel. cute.
-nampak rempit skit. baru orang KEY ELL.
-suka hati diorang lah. bukan menyusahkan kau pun.
-mungkin ketika tadika cikgu dia ajar macam itu.
-
-

banyak lagi sebab dia. tapi kawan-kawan ayuh lah jaga bahasa Melayu jgn dipunahkan dgn benda remeh. dan benda ni memang tak menyusahkan saya langsung cuma saya sayang bahasa Melayu saya. sekian.




tahniah kak. <3

Thursday, October 6, 2011

kasik jengguk dulu la kawan.

i LOVE this PICTURE very much! enough! HAHA.

Kak Balqis. dtg melawat junior-junior . <3

MPP tahun 2012/2013. All the best guys.

antara AJK AJK yang comel. haha

1 UNITEN 1 MALAYSIA!

Pelapis-pelapis Shutters UNITEN

Thunders yang meriah. :D

Thunders = pasukan rugby UNITEN!


terima kasih kepada Iylia M Idris kerana mengcapture semua gambar-gambar best di atas. <3 terima kasih kepada semua AJK AJK dan ahli baru yang sporting. kepada kelab-kelab yang datang. terima kasih. xoxo.



Saturday, September 24, 2011

pilihan

sapa kata senang nak buat pilihan? ha? sukar bagi aku. contoh seperti. makan mee nak kena gunakan sudu atau garfu? apa guna sudu garfu plastik? boleh pilih? apa mungkin sudu besi kotor sebab kongsi dan tak dicuci bersih. tapi sudu garfu plastik senang patah. tak syok makan. itu semua pilihan kita. contoh lagi. mak ajak keluar. ayah ajak keluar. boyfren ajak keluar. girlfren ajak keluar. kau kena buat pilihan yang betul apa tersalah langkah ada yang akan terguris hati tecalar jiwa. merana nak memujuk. letih penat segala.

itulah pilihan. dan sekarang aku buat pilihan untuk tidak kedua-dua tempat. kerana bagi aku pilihan tersebut sukar amat untuk aku buat keputusan. mungkin aku dah menyakitkan dua-dua hati kawan. tapi itu yang terbaik kata hati kecil aku. kerana lagi sakit bila tahu aku buat keputusan pilih yang ni dan yang ni. seperti yang sudu garfu. aku akan pilih makan guna tangan. setel. yang keluar besama mak atau ayah atau bf atau gf. aku akan ambik stay kat rumah layan movie.

pilihan memilih. pilih. pemilihan. semua bergantung kat diri kau. aku hanya harap kau faham. tak mintak lebih. terima kasih.

Thursday, September 22, 2011

sem baru dah kan.

dah semester kedua dah kan. next semester dah tahun ketiga. senior kau jah. haha. sekarang aku still ada masalah nak add theory of machine atau gelemer dengan TOM. tapi aku yakin semua akan berjalan lancar. amin amin. aku sem ni dah tak sama kelas dengan Madda, Efi. sedih jugak mulanya. tapi masih boleh jupe kat rumah. jupe lepas kelas. okey lah kan? pastu sem ni kelas banyak sama dgn Alya. hello alya, first time sama kelas kan? hanya kelas TOM lah tak pasti lagi. semoga Dr Hanim pertimbangkan masalah aku. amin.

harap sem baru ini dpt bawa semangat juang yang tinggi dan perubahan yang tinggi. insyaAllah. <3

Efi, Hamim, Faiz dan Qilla. kami ke i-city di jalan Reko. HAHA!.

Sunday, September 18, 2011

si pemerhati.

pandang kiri kanan.
gelagat orang buat tersenyum.
ada kadang dipersoal kenapa.
ada juga mengapa.
kerana gelagat mereka seribu satu.

apa yang diperhati.
adanya boleh kita nilai.
apa elok.
apa tidak.
kerana kita yang memerhati.

kerna kita kita boleh dikata si pemerhati.

Saturday, September 17, 2011

kawan

dikala aku hilang 5 hari itu. aku berada bersama-sama orang-orang siam. ada mereka yang boleh bercakap bahasa melayu. english. ada yang hanya boleh bertutur bahasa ibunda mereka yang sememangnya aku hanya faham sawadikap dan konkunkap. (HAHA!)

apakah kaitan semua itu dengan kawan? kan. makanya pada 5 hari itu. ada seorang ini. wartawan siam. memang dia hanya tahu bahasa ibunda. english hanya tahu pretty. yang common sgt. melayu apatah lagi. tapi dia tidak pernah penat nak becakap dengan aku. nak beborak. walaupun sepatah haram apa dia cakap aku tak faham.

tiap-tiap hari aku jumpa dia. senyum. kadang-kadang dia bagi tahu orang yang reti bahasa melayu untuk translate apa yang nak dia sampaikan. nampak sangat dia nak berkawan walaupun tak reti nak berinteraksi. tapi semangat tu ada. time makan siap letakkan lauk-lauk dalam pinggan aku. hulurkan buah. cara itu buat aku pandang tinggi dengan budaya dan cara mereka. hormat orang yang dtg melawat negara mereka. berusaha untuk berkomunikasi.

*kagum.

dan pada satu hari bibir aku makin teruk. tersangat darah tanpa henti mungkin sebab terlalu panas dan kurang minum air. lalu dia bagi ubat. untuk aku. dia siap pesan kepada orang yang reti bahasa melayu supaya aku sapu ubat. pastu jangan jilat dengan lidah. macam-macam lah. sangat sangat buat aku terharu. kenapa aku terharu. sebab dia buat itu ini walaupun kami tak faham nak bahasa masing-masing.

dah nak bepisah tu dia mintak email dan no telefon aku.

tapi kenapa aku lupa nak mintak dia punya?


nak berkawan. tak mengenal agama. bahasa dan budaya.
senyum dan bersapa cukup.



tak muat nak taruk sume orang. kena guna wide lens nampaknya.

Friday, September 16, 2011

#resultUNITEN

bukan nak bangga nak sedih nak nanges. tapi syukur Alhamdulillah. semua lulus walaupun tak capai target. aku pun dah bagi tahu result kat mama. mama cakap tak apa usaha lagi. sebab tu kita tak dapat apa yang kita nak lagi. usaha kita kurang. jadi kena lebih kan usaha. jangan mengeluh. yang mana jatuh tergolek. aku pernah rasa gagal. bukan sekali berkali. kalau setakat jatuh sedikit jangan nak menyumpah nak bunuh diri. hoi bangun bangun. jangan mengalah dulu.

aku pernah jatuh. pernah FAIL. pernah repeat. lalui saja. mungkin sedikit pahit. tapi kalau usaha. InsyaAllah kita boleh senyum. nah. Allah nak uji kita. sebab dia tahu kita kuat kita tabah nak hadapi semua tu. jangan mengalah.

mungkin ada disini manusia. usaha biasa saja. malah ada yang tak usaha. tapi markah gempak. jangan persoal itu semua. kerana rezeki kita berbeda. mungkin hari ini rezeki dia. apa masa cari kerja itu rezeki kita walaupun markah biasa saja. kita ada agama. ada pedoman. jangan merapu benda bukan bukan.

kalau ada orang nak marah apa aku cakap. datang jumpa aku. tanya apa yang aku jatuh. tanya apa sakit. tanya apa saja.

Kak meah ada nasihat.
jadilah katak hijau yang pekak.
kenapa?
kerana dia tidak pedulikan apa orang kata.
usaha. lalui saja.senyum saja.
katak hijau itu akhirnya senyum dipuncak sana.